Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Rupa Kini Adik Comel...

MASIH ingatkah lagi anda dengan adik comel ni?Betapa cepat masa berlalu, adik ini...

Hukuman Mandikan Mayat Menanti...

DALAM usaha untuk membasmi serta mengurangkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, kerajaan Thailand...

DAP Baharu Mesra Melayu?

Aku terbaca laporan beberapa media baharu dan media lama mengenai DAP selepas pemilihan...

Facebook Cadang Mahu Wujud...

SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas laman sosial popular Facebook,...

Aedy Ashraf Akui Tidak Selesa Kongsi Hal Peribadi

SEBUT sahaja nama pelakon, Aedy Ashraf pasti ramai yang masih ingat dengan lakonannya menerusi filem kanak-kanak, Tentang Bulan kan?

Kini, Aedy dilihat sudah meningkat dewasa dan semakin kacak serta segar dengan imej terbarunya.

Nama pelakon berusia 24 tahun ini menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat sejak ‘scandal’ yang melibatkan dirinya dengan pelantun lagu Pematah Hati menjadi viral di laman sosial.

Ditambah pula dengan isu video sedih milik penyanyi berkenaan yang didakwa kononnya ditujukan kepada pemilik nama sebenar Mohammed Addy Ashraf Rosmadi.

Susulan daripada perkara itu, pelakon kacak ini dilihat menolak dengan baik daripada menjawab sebarang soalan berhubung kisah peribadi.

Menurutnya, dia tidak mahu mencampur adukkan soal kehidupan peribadi dan kariernya hingga meraih simpati ramai hanya kerana isu sensasi.

“Tugas saya sebagai pelakon dalam industri, perihal personal sama ada siapa saya selain pelakon sepatutnya tidak patut dihebohkan.

“Itu tiada kena mengena dengan sesiapa melainkan jika saya tak bagus berlakon, orang boleh komen atau kritik, tapi bukan kisah peribadi.

“Kehidupan peribadi saya minta tolong jangan masuk campur, saya tak selesa,” kata Aedy kepada Astro Gempak.


Aedy membuat kenyataan tersebut selepas diminta mengulas mengenai hubungannya dengan pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Nabila Razali.

Sebelum ini, tersebarnya ura-ura mengatakan Nabila sedang ‘berkawan’ rapat dengan Aedy dan kemesreaan mereka berdua jelas terserlah menerusi gambar yang telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi itu.

BACA : Nabila Razali, Aedy Ashraf Kini Hangat Dilamun Cinta?

Awalnya nampak manis, namun tidak lama kemudian viral pula di media sosial mengenai penyanyi berusia 25 tahun itu memuat naik sebuah video tangisan luahannya yang didakwa ditujukan kepada Aedy.

BACA : Muat Naik Video Kecewa, Nabila Tuju Untuk Aedy?

Bagaimanapun, Nabila telah tampil bagi memberi kenyataan balas berhubung video berkenaan.

Nabila memaklumkan video tersebut dimuat naik sekadar berkongsi dengan peminat sekaligus menolak dakwaan anggota masyarakat yang beranggapan ia ditujukan kepada Aedy.

BACA : “Sekadar Kongsi Dengan Peminat, Bukan Aedy”

Haaa..okay dua-dua dah keluar statement. Baiklah spekulasi tamat. Dah-dah mengata gais…– MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori