Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cahaya Mata Pertama, Misha...

PENYANYI kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Misha Omar berdebar menghitung hari saat-saat...

Parti Gerakan Cabar Hudud...

KEPUTUSAN yang dibuat parti Gerakan untuk mencabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993...

Malaysia, Brunei Tingkatkan Hubungan...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Brunei menekankan komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama ekonomi terutamanya...

KWSP: 94.4% Responden Mahu...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan hasil kaji...

600 Pemandu Teksi Semangat Kibar Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR – Enam ratus pemandu teksi daripada Persatuan Pemandu Teksi Makkal Communication Kuala Lumpur akan mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing masing sepanjang bulan kemerdekaan negara ke-57 tahun ini.

Pengerusinya, K.Muthu berkata acara berkenaan dilakukan sejak 11 tahun lalu bagi menyemai semangat patriotik di kalangan pemandu teksi, setiap kali menjelangnya tarikh keramat itu.

“Bagaimanapun tahun ini, kita buat secara sederhana bagi menghormati (mangsa) tragedi MH370 dan MH17,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program berkenaan di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan anggota Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, P.Gunaseelan.


Sementara itu, seorang pemandu teksi, Zainudin Mukaram, 47, berkata beliau mengikuti program mengibar Jalur Gemilang itu buat kali pertama walaupun telah tujuh tahun bekerja sebagai pemandu teksi.

“Saya berharap acara sebegini dapat diteruskan setiap tahun kerana ia mampu menyemai semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia, selain dapat mengeratkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori