Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hanya 5 Sektor Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan lima sektor ekonomi perlu beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan...

Kerana Lagu Pengabdi Setan,...

"YA ALLAH.. boleh pula 'dia' membukan-bukan dekat belakang tu," begitulah reaksi yang diberikan...

2 GAMBAR: Pelajar Tingkatan...

Kadang-kadang sekolah yang diharapkan menjadi tempat selamat untuk anak-anak belum tentu menjamin perkara tersebut.Hal...

Lelaki Kelar Payudara Isteri...

Seorang lelaki yang cemburu buta, telah menghiris payudara isterinya sebelum memotong alat sulitnya...

Adun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

KOTA BHARU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, hari ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata Noor Zahidi, 57, meninggal dunia pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia.

Allahyarham yang disahkan menghidap kanser hati pada Mei lepas, mendapatkan rawatan di Guangzhou kira-kira dua minggu lalu, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Rosdi berkata antara yang turut berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir ialah isterinya Datin Siti Mona Abdul Kadir.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.


Beliau berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar sedang berusaha untuk mempercepatkan proses membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat.

Noor Zahidi menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori