Walaupun sudah lama bertapak dalam bidang hiburan namun nama pelakon Aishah Ilias masih belum dikenali segelintir peminat hiburan tempatan.
Banyak juga drama yang sudah dilakonkan Aishah antaranya Love You Mr. Arrogant yang menjadi antara kegemaran ramai tahun lalu.
Walaupun masih belum dikenali namun terpalit juga kontroversi buat pelakon cantik ini apabila dia kini dikatakan sedang menjalinkan cinta dengan bapa kepada seorang pelakon terkenal.
Bapa pelakon itu merupaakan seorang jurukamera produksi yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan seorang pelakon lain yang sudah pun kembali bergelar isteri.
Mengulas mengenai perkara itu Aishah berkata, “demi Tuhan, berita ini memang tidak benar. Saya nafi sekeras-kerasnya kalau ada yang mendakwa saya bercinta dengannya. Hubungan kami tak lebih sekadar kawan profesional. Tambahan pula kami sudah lama berkampung sama di set penggambaran drama berkenaan. Sejak hujung Februari lalu lagi”.
Jadi, menerusi penjelasan Aishah memetik Berita Harian, dapatlah dirumuskan hubungan mereka rapat atas dasar kerja semata-mata dan tidak melibatkan sebarang perasaan cintan di antara satu sama lain.
Semoga tahun ini memberikan sinar kejayaan dalam kerjaya Aishah kerana dia sememangnya dilihat sebagai salah seorang pelakon baharu yang boleh digilap bakatnya untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini.
Cantik dan berbakat, memang cukup pakejlah! – MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE