Laman Twitter rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAMtwitter) digodam pagi ini oleh penggodam dari Argentina yang menggelarkan diri mereka @LiberoamericaMu .
Godaman mula dikesan pada jam 1.10 pagi ini dengan tuitan yang mencerca kerajaan Malaysia dan Penerbangan Malaysia kerana dikatakan gagal menyelesaikan insiden kemalangan MH17.
Selain daripada itu mereka juga mendakwa pihak yang bertanggungjawab menjatuhkan pesawat ini ialah keluarga Rothchild.
Avatar Twitter serta gambar muka hadapan akaun ini turut diubah oleh LiberoamericaMu dan digantikan dengan gambar monyet bermain dengan komputer.
Berikut adalah beberapa status yang dimuatnaik oleh penggodam tersebut:
Oleh kerana hal itu, sesetangah pengguna Twitter memberi reaksi yang negatif kepada JPAM
Sehingga ini akaun masih di tangan penggodam dan akan dikemaskini mengikut perkembangan semasa.
Oleh: hzqahmd