Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF), Akim Ahmad menyatakan dia kini akan bergerak secara berkumpulan apabila sudah menubuhkan band Akim & The Magistrate sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, band muzik itu ditubuhkan kerana ingin memberi kepuasan kepadanya sebagai seorang penyanyi yang sudah berkecimpung dalam bidang seni sejak tujuh tahun lalu.
Memetik mStar, Akim berkata, “sudah tiga bulan kami bergerak secara berkumpulan dan saya tubuhkan kumpulan itu kerana ingin membuat persembahan bersama pemuzik secara live berbanding hanya menyanyi menggunakan minus one sahaja”.
“Tenaga ketika menyanyi bersama kumpulan pemuzik ini berbeza perasaannya dan sebagai penyanyi ia memberikan kepuasan luar biasa kepada saya,” katanya.
Walaupun begitu, Akim tetap akan meneruskan karier solonya kerana band ini hanyalah merupakan projek khasnya untuk peminat setia yang selama ini telah menyokong kariernya selama ini. – MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE