Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

LLM Nafi Tutup Lebuh...

KUALA LUMPUR - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan penyebaran maklumat di media sosial...

Anggota Keselamatan Dalam Keadaan...

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata semua pasukan dan...

Anak Sharifah Aini Selamat...

Akhirnya Haji Aliff Omar Ali iaitu anak tunggal Biduanita Negara ,Allahyarham Datuk Sharifah...

Isu ICERD: Menteri Tidak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui menteri tidak sensitif apabila mengeluarkan...

Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Pegang Tangan Tunang

PETALING JAYA – Penyanyi Alyph (Sleeq) memohon maaf jika gambarnya berpegangan tangan bersama tunang, Azzah Fariha Samat, 27, mengundang rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak yang melihatnya.

Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 25, berkata, gambar tersebut sepatutnya tidak perlu dijadikan isu namun dia tetap menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling.

“Maafkan saya jika ada yang tidak berkenan dengan gambar itu. Tetapi saya hormati segala komen dan kritikan yang diberikan kerana saya faham, media sosial adalah satu platform bebas untuk sesiapa pun yang ingin komen.

“Apa-apa pun terima kasih atas kritikan itu. Dan jujurnya saya tidak terasa hati pun dengan segala komen negatif yang diberi. Cuma terkejut sedikit sahaja pada mulanya,” katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsAapp di sini pada Isnin.

Minggu lalu, segelintir peminat Alyph telah mengkritiknya selain dia memuat naik foto bersama tunang di Facebook dengan berpegangan tangan.

Antara komen mengatakan mereka tidak sepatutnya mengambil gambar berpegangan tangan meskipun sudah bertunang kerana mereka masih belum menjadi suami-isteri yang sah.


Sementara itu, ditanya pula mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Gardens By The Bay Singapore, Alyph berkata, kesemuanya sudah hampir selesai diuruskan.

“Alhamdulillah, persiapan perkahwinan kami sudah hampir siap. Segala dokumen yang perlu dibuat juga sudah selesai.

“Tinggal tunggu masa saja. Berdebar juga, doakan segalanya berjalan dengan lancar,” tuturnya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Sleeq iaitu Ahmad Syarif, 25, bakal melangsungkan perkahwinannya pada November depan. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori