Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kedai Makan ‘Popular’ Sebab...

SEBUAH kedai makan di Klebang, Melaka menjadi 'popular' di laman sosial apabila layanan...

3 Kereta Rosak Ditimbus...

KUALA LUMPUR - Tiga buah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran sebuah...

Usaha Mencari Jemaah Malaysia...

MAKKAH - Usaha mencari jemaah haji Malaysia yang hilang selepas kejadian kren tumbang...

Op Selamat Aidilfitri 2017...

KUALA LUMPUR - Op Selamat sempena Aidilfitri 2017 merupakan antara yang terbaik berdasarkan...

AMBIL ALIH MAS : MASEU VS MAS… Perlukah ‘Jemputan’?

Nampaknya langkah pertama yang diambil pengurusan MAS selepas pengumuman Khazanah untuk mengambilalih syarikat penerbangan negara telah mengalami sedikit ‘gangguan udara’, ikut terma penerbangan.

‘Air pocket’ dalam perjalanan pemulihan yang bakal dilaluinya dah mula muncul.

“Saya ingin tegaskan bahawa sehingga saat ini, MAS belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan wakil MASEU dan menjelaskan tentang perkara ini kepada kami,” kata Alias Aziz, Presiden MASEU.

Bagaimana di saat lebih 30 orang yang mewakili persatuan sekerja dan persatuan di dalam MAS hadir dalam pertemuan itu, Alias pula boleh mengeluarkan kenyataan seolah-olah tidak tahu apa-apa mengenainya?

MAS terlepas nak ‘jemput’ kapten kesatuan sekerja terbesar MAS yang mewakili 15,000 para pekerjanya?

MAS walaubagaimanapun telah menyangkal dakwaan Alias Aziz, President MASEU.

download

BACA SINI (MAS Nafi Tidak Maklumkan Pada MASEU) dan BACA SINI (MAS Nafi MASEU Tidak Dimaklum)

RockyBru di dalam blognya juga telah memaparkan screenshot perbualan 2 min 24 saat mengenai perbualan antara pihak pengurusan dan Presiden MASEU.

aliascall

BACA SINI ( Khazanah can make this man CEO of the new Malaysia Airlines )

Alias sebagai Presiden MASEU ‘berhutang’ penjelasan kepada 15,000 ahlinya apa yang dibincangkan dalam masa 2 minit 24 saat itu. ‘Jemput’ atau tidak? Ataupun pihak pengurusan MAS sajer jer call? Hanya Alias yang tahu.

Dimaklumkan yang semua pihak telah ‘dijemput’ oleh pengurusan MAS menggunakan telefon, kerana kesuntukan masa.

Yalah, Khazanah umum hari Jumaat nak ambil alih MAS. Nak berjumpa hari Isnin, jadi memanglah saluran komunikasi melalui telefon atau lebih tepat telefon bimbit lebih cepat untuk menyampaikan mesej.

Sebagai ketua MASEU, nasib 15,000 kakitangan MAS terletak di bahu Alias. Kalau ia pun tak menerima ‘jemputan’, sudah pasti yang perkhabaran perjumpaan yang bakal diadakan pada hari Isnin lalu, telah merebak pantas bukan saja di kalangan ahli, malah semua kakitangan MAS. Jadi apalah salahnya hubungi pihak pengurusan untuk mengesahkannya.

Perlukah jemputan? Bukankah sudah menjadi tanggungjawab Presiden MASEU memperjuangkan kebajikan para ahlinya?

Lebih mengecewakan, difahamkan bukan Alias tidak tahu menahu mengenai mesyuarat ini, sebaliknya arahan juga dikeluarkan supaya ahli-ali exco MASEU tidak hadir? Kononnya hanya mahu berbincang pengurusan baru dan tidak mengiktiraf pengurusan sedia ada.

Kalau benar, mengapa sampai jadi begitu?


Sementara nak nantikan pengurusan baru masuk, apa akan jadi kepada nasib 15,000 ahli MASEU kalau Presidennya tidak mahu berbincang dengan pihak pengurusan sedia ada? Siapa yang akan membela nasib mereka?

Dulu pun masa MH370, dengar MASEU tiada menghubungi keluarga mangsa. BACA SINI (For families of MH370 crew, it’s ‘March 8 all over again’)

Kebajikan siapa sebenarnya yang Alias jaga?

Dalam usaha untuk mencari penyelesaian di atas semua kesulitan dan masalah yang dihadapi, Alias tidak boleh mengambil sikap selektif dalam merungkai kekalutan yang melanda.

Pandangan dari kakitangan dan pihak pengurusan sedia ada amat penting kerana ia mampu memberi ‘jawapan’ dan ‘gambaran’ kepada keputusan yang akan dibuat nanti.

Kalau benar Alias ikhlas ingin mengembalikan kegemilangan, atau lebih tepat, untuk menyelamatkan MAS dan kakitangannya, Alias perlu lebih terbuka dan mengorbankan keegoan yang bersarang di dada.

Memberi alasan ‘tidak tahu’, ‘tidak dimaklumkan’ dan apa saja perkataan yang seerti dengannya bila dipanggil untuk bertemu, adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak akan menyelesaikan masalah.

Apatah lagi mencanangkan di dada-dada akhbar yang mereka tidak menerima jemputan pihak syarikat di saat syarikat sudah pun memanggil mereka untuk berbuat demikian.

Dulu marah apabila kesatuan sekerja dituduh menjadi batu penghalang kepada proses pemulihan MAS. Apakah yang dilakukan Alias ini bukan satu bentuk penghalang kepada usaha PM untuk memulihkan MAS?

Ambil kata RockyBru, PM melalui Khazanah dah tunaikan permintaan MASEU, jadi bekerjasamalah.

Berbaliklah pada pesanan Perdana Menteri – semua pihak harus bersatu dan bekerjasama dengan rapat. Tanpa sokongan daripada semua pihak – pengurusan, para pekerja, persatuan-persatuan, pemiutang dan vendor-vendor – termasuk semua penumpang setia dan rakyat Malaysia, langkah penstrukturan semula ini tidak akan berjaya.

Peganglah kata-kata beliau kerana jika pengambil alihan dan penyusunan semula ini berjaya, yang untung adalah ahli-ahli MASEU juga.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya namun ‘pengorbanan’ juga harus ada.

Tak guna hanya memikirkan kepentingan sendiri semata-mata kerana MAS bukan milik peribadi, tetapi juga adalah milik lebih 28 juta rakyat Malaysia.

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana maufakat. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

MASEU mesti ingat dan jangan lupa tentang itu! – Mynewshub.my

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori