ALHAMDULILLAH. Akhirnya anak tunggal Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali, 32, telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya yang merupakan seorang doktor gigi, Sharifah Nur Athirah Syed Azmi, 28, pada 23 Ogos lalu.
Perkara itu disahkan oleh ayahnya, Ali Bakar, 60, menerusi laporan Harian Metro.
Katanya:
“Sebagai ayah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu (majlis merisik dan pertunangan) dan bersyukur kerana Aliff sudah bertemu pilihan hatinya. Maaflah saya tidak dapat bercakap panjang lebar kerana ia atas permintaan Aliff sendiri. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka.”
Majlis tersebut diadakan secara sederhana di Shah Alam dan cincin disarungkan ke jari Nur Athirah oleh ibu tiri Aliff, Zalinda Haron, 40.
Berikut merupakan gambar Zalinda dan Nur Athirah (kiri) selepas majlis tersebut:
Untuk makluman, kedua-duanya bertemu dan berkenalan kira-kira dua tahun lalu selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing dalam satu majlis.
Kami yakin, jika Allahyarham Sharifah Aini masih ada lagi pada saat ini, pastinya dia antara insan yang paling gembira melihat pertunangan anak kesayangannya itu.
Aliff kini sudah berada di Kota Madinah bagi menghabiskan baki pengajiannya dalam perundangan Islam selama dua tahun lagi.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY