Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nabila Razali Tak Sedar...

PENYANYI Nabila Razali menerima kecaman hebat pengguna laman sosial apabila dikatakan gagal menyampaikan...

Sistem Baharu Salur Dana...

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memperkenalkan mekanisme baharu mengenai permohonan...

Lima Sungai Utama Di...

KOTA BHARU : Lima sungai utama di Kelantan direkodkan melepasi paras bahaya setakat...

ESTCON 2018: Masyarakat Perlu...

KUALA LUMPUR - Masyarakat perlu dilatih dan didedahkan semula dalam pelbagai aspek teknologi...

Anwar Tolak Tawaran Perlindungan Di Luar Negara Elak Dipenjara

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah menolak beberapa tawaran daripada pemimpin negara asing untuk perlindungan khas menjelang prosiding akhir rayuan kes liwat IInya pada Oktober depan.

Jika rayuan Anwar ditolak, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan meringkuk semula di dalam penjara.

Pada Mac lepas, Anwar telah disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi kesnya itu kini menunggu peringkat akhir rayuan pada 28 dan 29 Oktober di Mahkamah Persekutuan.

Seorang pembantu politik yang enggan namanya didedahkan menurut laporan The Star, enggan mengulas lanjut tetapi memaklumkan bahawa tawaran yang diterima Anwar benar-benar berlaku.

Sebelum ini, Anwar dipetik laman web The Star mengatakan bahawa beliau mengakui telah menerima tawaran tersebut bagi mengelakkan dirinya dipenjarakan.

“Saya sudah bertemu beberapa pemimpin luar negara yang menasihati saya supaya keluar daripada negara ini untuk mengelakkan dipenjara.


“Pada umur saya, mereka tidak boleh membayangkan saya terpaksa meringkuk di sebalik tirai besi,” kata Anwar ketik berucap pada hari terakhir Kongres PKR semalam.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan tetap berada di Malaysia kerana yakin keputusan Mahkamah Persekutuan akan menyebelahi dirinya.

Anwar sebelum ini pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana kesalahan sama dan juga kesalahan salah guna kuasa pada 1998 termasuk beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori