Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Writing

A trusted essay writing company is going to have huge collection. By calling...

Polis Johor Tumpas Sindiket...

JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi...

JPJ Keluar 72 Saman...

KUANTAN - Sebanyak 72 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...

1MDB: Najib Bakal Hadapi...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka berhadapan...

Asid Nitrik Tumpah Di Padang Sekolah

SEREMBAN – Sebuah tong berisi asid nitrik mengalami tindak balas sehingga menyebabkan berlakunya tumpahan di sebuah sekolah sekitar daerah ini, semalam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Idris berkata, kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari itu disedari seorang kontraktor dari Kualiti Alam ketika kerja-kerja memindahkan tong berisi asid itu dari makmal sekolah ke dalam lori.

Beliau berkata, semasa kontraktor berkenaan ingin membawa tong tersebut ke dalam lori, dia ternampak terdapat tindak balas dalam bekas berkenaan sehingga menyebabkan asid tersebut terkeluar.

“Disebabkan cemas dengan kejadian itu, pihaknya menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan. Sebanyak enam jentera termasuk dua unit RIM dan ambulans bomba EMRS membabitkan seramai 15 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati asid di dalam bekas tersebut telah meleleh keluar, namun ia berjaya dikawal.


“Kita kemudian membawa tong lima liter yang berisi asid itu ke kawasan padang sekolah untuk distabilkan semula bekas berkenaan sebelum ia dimasukkan ke dalam lori dengan menggunakan bekas takungan khas bomba,” katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, tindakan pantas anggotanya berjaya mengawal keadaan dengan sempurna tanpa melibatkan sebarang kecederaan.

Menurutnya, dia difahamkan asid tersebut diambil pihak sekolah untuk dibawa ke Pusat Kualiti Alam bagi tujuan pelupusan.

Disebabkan kejadian itu, pasukan bomba melalui Unit RIM dan sebuah jentera terpaksa mengiringi lori berkenaan sehingga ke Pusat Kualiti Alam bagi memastikan tiada lagi tindak balas berlaku, selain memastikan keselamatan awam terjamin. – Sinar harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori