Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jerebu: 18 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak...

Wanita Kejutkan Dunia Dapat...

UMUM mengetahui untuk melahirkan anak memerlukan sekurang-kurangnya 7 bulan atau 9 bulan bagi...

4 Bersaudara Didakwa Edar...

KAMPAR - Empat bersaudara termasuk tiga beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...

Pengembara AS Dibunuh Puak...

PORT BLAIR - Salah satu puak terakhir di dunia yang masih terpisah daripada...

Ayda Jebat Punca Zul Dan Kekasih Berbalah?

Gandingan Ayda Jebat dan Zul Ariffin dalam drama bersiri Rindu Awak 200 Peratus ternyata menimbulkan fenomenanya yang tersendiri di mana peminat-peminat mula mengandingkan mereka berdua bercinta di luar drama.

Namun, seperti yang diketahui Zul kini sedang bercinta dengan penerbit rumah produksi Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai.

Mengulas mengenai dakwaan mengatakan Ayda merupakan punca kepada perbalahan di antara Zul dan kekasihnya, Ayda menjelaskan dia langsung tak ambil tahu mengenai hal peribadi Zul.

Semua kemesraan yang ditunjukkannya dengan Zul hanyalah merupakan salah satu daripada cara mempromosikan drama tersebut kepada penonton.

“Nak kata saya punca mereka berbalah atau bertengkar rasanya tidak betul, sebab saya dan Zul tiada sebarang hubungan.

“Saya sendiri tidak pernah tanya atau ambil tahu mengenai hubungan mereka. Saya tiada masa nak menyibuk hal peribadi orang lain,” ujarnya dipetik Sinar Harian.

Kesian Gaya, pasti serba sedikit tentu terasa hati apabila ramai pihak sibuk-sibuk nak gandingkan kekasih hatinya dengan wanita lain.


Kadang-kadang peminat ni pun terlalu dibuai fantasi novel dan drama bersiri sehingga tak boleh berfikir yang Zul dan Ayda hanya berlakon bercinta, bukannya betul-betul bercinta di luar drama. Tak gitu? – MYNEWSHUB.MY

zul

Oleh: AUDREY LEE

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori