Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

APM Terengganu Buka Pendaftaran...

KUALA TERENGGANU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu mempelawa orang ramai untuk...

Kerajaan Akan Lancar KR1M...

JEMPOL – Kerajaan akan melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 dalam masa terdekat...

Semua Keluarga Bersama Putuskan...

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari...

Trump: ‘Filem Skinhead’ Terkini...

AMERICAN History X direlis siaran pada 1998. Ia menjadi fenomena di Amerika Syarikat (AS)...

Beli Sos Cili Dapat ‘Free Gift’ Bangkai Cicak, Lipas

Kita bukan tak biasa dengar tentang penemuan objek jijik dalam produk di pasaran termasuk ketulan busuk atau bangkai binatang tertentu.

Tapi bagi kes di Seremban, bukan seekor tapi dua binatang merayap yang meloyakan tekak iaitu cicak dan lipas ditemui dalam sebotol sos berjenama terkenal.

ne_08.1

Mawar Malinda Zakaria, 33, menceritakan pengalamannya kepada sebuah akhbar tempatan bahawa botol sos tersebut mengeluarkan bau busuk ketika dibuka dan selepas berusaha menuang sos yang tersekat, bangkai cicak dan lipas mula kelihatan.

Akibatnya hasrat mahu memasak ayam percik menggunakan sos tersebut pada petang Selasa lalu terpaksa dibatalkan.

Apa yang menyakitkan hati pengguna ini, sudahlah dia dan anak-anak menjadi trauma ekoran penemuan jijik tersebut bahagian perkhidmatan pelanggan syarikat sos terbabit tidak memberikan jawapan memuaskan dan hanya mahu memberikannya sebotol sos yang baru (berharga RM3.70) sebagai penyelesaian.


Jelas, memang tak cerdik langsung cara perkhidmatan pelanggan syarikat pengeluar sos ini menjalankan tugasnya. Maka tak hairanlah kes yang boleh menjatuhkan imej syarikat terbabit kini tersebar ke seantero Malaysia.

Tapi secara positifnya baguslah, bila dah jadi macam ini barulah kita tahu syarikat besar berjenama terkenal pun belum tentu boleh dipercayai seratus peratus terjamin kesuciannya walaupun mendapat label halal. Macam mana tu? – MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori