Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kaunseling Akan Diberikan Kepada...

KLANG - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi khidmat kaunseling...

“Panggil Saya Jokowi” –...

JAKARTA - Walaupun sudah bergelar presiden, Joko Widodo mahu kekal dikenali dan dipanggil...

5 Sekolah Putrajaya Terima...

PUTRAJAYA — Lima sekolah di Putrajaya memenangi hadiah bernilai RM75,000 melalui program "Shop...

Pembantaian Tentera: Etnik Rohingya...

SELEPAS tentangan dunia memuncak pada penghujung tahun lalu, Kerajaan Myanmar mengambil langkah politik...

Cabaran Beregu Lelaki M’sia Pada Kejohanan Dunia Berakhir

COPENHAGEN – Harapan Malaysia untuk menyaksikan sekurangnya-kurangnya satu pasangan beregu lelakinya beraksi pada saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 yang berlangsung di Denmark, tidak menjadi kenyataan.

Wakil tunggal negara, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong yang diletakkan selaku pilihan ketujuh, kalah mengejut 18-21 dan 13-21 kepada pilihan ke-12, Ko Sung Hyun dan Shin Baek Cheol dari Korea Selatan pada saingan suku akhir di Ballerup Super Arena, di sini, pada Jumaat.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Tan mendakwa mereka hanya sempat menjalani latihan singkat selama sebulan setengah memandangkan beliau sebelum ini banyak beraksi bersama Goh V Shem.

Pemain berusia 25 tahun itu turut mengakui perubahan mengejut taktikal pihak lawan turut menjadi punca kekalahan mereka walaupun pernah menang dua kali dalam pertemuan terdahulu.

Tan dan Hoon pernah mengalahkan wakil Korea Selatan itu pada pusingan kedua Kejohanan Terbuka China 2013 serta peringkat suku akhir Terbuka Jerman, awal tahun ini.


“Mereka sudah baca corak permainan dengan bagus sejak set pertama…kita pula lambat untuk mematikan hantaran mereka. Kita cuba mengubah rentak permainan (pada set kedua) namun sudah terlambat,” kata pemain kelahiran Johor itu.

Mengulas mengenai peluang meraih pingat pada Sukan Asia 2014 di Korea Selatan, Sept ini bersama Goh, Tan hanya menyasarkan dapat memberi persembahan terbaik kerana Goh bakal menjalani rawatan pemulihan kecederaan belakang dalam tempoh terdekat.

Turut senada dengan Tan ialah Hoon yang mendakwa kurang keserasian dalam permainan selepas lama tidak beraksi bersama menjadi punca kekalahan mereka.

Satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong sebelum itu tersingkir daripada kejohanan ini selepas kalah 21-14, 10-21 dan 19-21 kepada pilihan keenam, Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin Tsai dari Taiwan dalam pusingan ketiga pada Khamis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori