Pelakon Tamil yang mencatat sejarah apabila tercalon dalam Top 5 kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 26 (FFM26) maut akibat terjatuh dari tingkat 8 apartmen tempat tinggalnya di Seputeh, semalam.
Mayat Kalpana Sundraju, 44, ditemui tunangnya yang segera menghubungi ibu mendiang.
Kalpana yang bertanding di FFM26 menerusi filem Dhsurajanam arahan M. Surya adalah satu-satunya calon berbangsa India di samping calon lain iaitu Sharifah Amani, Diana Danielle, Umi Nazeera dan Lisa Surihani.
Mendiang memegang watak seorang wanita estet dalam filem tersebut.
Upacara penghormatan terakhir Kalpana akan diadakan di rumah keluarganya di 8, Jalan Kelah 8/9 Seksyen 8, Petaling Jaya dari jam 11.30 pagi hingga 2 petang sebelum dikebumikan di Krematorium Kampung Tunku, Sabtu ini.
Menurut sumber kawan mendiang, punca Kalpana jatuh dari tingkat 8 masih disiasat polis.
– REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY
Sumber: Harian Metro / Astro Awani