Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Lumpuh Kegiatan Samun...

KUANTAN - Polis melumpuhkan kegiatan samun sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka 'geng black'...

Yangon Tutup Kem Pelarian,...

YANGON - Pihak berkuasa Myanmar mula menutup tiga kem pelarian di Rakhine yang...

JDT Dapatkan Pemain Import...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) membuat persiapan...

Sasbadi, Animasia Studio Meterai...

KUALA LUMPUR – Penerbit bahan pendidikan Sasbadi Holdings Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)...

Calon Presiden Brazil Maut Pesawat Terhempas

SANTOS – Calon presiden Brazil, Eduardo Campos maut apabila jet yang dinaikinya untuk berkempen terhempas dipercayai akibat cuaca buruk di kawasan perumahan di Bandaraya Santos, dengan semua tujuh di dalam pesawat turut terbunuh.

Campos, calon sosialis berusia 49 tahun, kini menduduki tangga ketiga dalam tinjauan suara pilihan raya yang bermula Oktober ini.

Campos dalam perjalanan ke Sao Paulo untuk mengadakan rakaman televisyen sebelum pesawat Cessna 560XL terhempas dan terbakar.

Presiden Brazil, Dilma Rousseff, yang kini berkuasa untuk penggal keduanya, mengisytiharkan negara itu berkabung dan menggantung tempoh berkempen selama tiga hari.

“Semua rakyat Brazil dalam kesedihan dan berkabung. Kita hilang seorang tokoh hebat di Brazil hari ini iaitu Eduardo Campos,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori