Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Bantuan Khas RM200 Sebulan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju Bantuan Khas Covid-19 dengan kadar RM200 sebulan dipanjangkan...

Wow Kek Rafidah Ibrahim...

INGATKAN kek berharga RM16,000 ini dah cukup mahal tapi rupa-rupanya ada kek yang...

Lelaki Terima Balasan, Culik...

CHINA - Seorang lelaki yang menculik tunangnya atas nama cinta kemudian menyumbat wanita...

Siasatan Punca Letupan Lombong...

SRI AMAN - Kerja-kerja menyiasat punca sebenar kejadian letupan lombong arang batu di...

Cerita Sebenar Cincin Tersekat Di Kemaluan Pemuda

Ahad lalu kami ada siarkan cerita tentang khidmat khas Jabatan Bomba dan Penyelamat memotong cincin yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki di Kelantan.

Kini, cerita sebenar dan gambar cincin yang tersangkut itu telah tersebar di alam maya.

Rupa-rupanya cincin yang dimaksudkan adalah gelung besi penyambung atau bearing kenderaan.

Mengikut pengakuannya kepada akhbar Sinar Harian, pemuda yang terlibat dalam kejadian gempar lagi memalukan ini menyatakan dia melakukan perbuatan tersebut untuk suka-suka sahaja sekitar jam 5 petang, Sabtu lalu di rumahnya yang terletak di Kampung Dewa Beta.

Bagaimana pun keadaan menjadi ‘tak terkawal’ apabila bearing tersebut tidak dapat dikeluarkan walau selepas puas berusaha sendirian hingga mengakibatkan kemaluannya membengkak.

Selepas menahan sakit selama 11 jam, akhirnya pemuda itu mengalah dan meminta bantuan bapanya lantas dia dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) jam 3 pagi, Ahad.

Malang sekali doktor pun tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengeluarkan bearing tersebut kerana kemaluannya membengkak hingga terpaksa meminta bantuan unit kecemasan bomba (Emergency Medical Rescue Team EMRS).


Mujurlah bearing itu berjaya dikeluarkan selepas dilakukan penuh hati-hati untuk mengelakkan kecederaan pada alat sulitnya.

image (2)

61408956964_freesize

Kami percaya, pemuda terlibat telah mendapat pengajaran berguna daripada kejadian ini dan diharapkan kaum lelaki di luar sana pun belajar sesuatu daripadanya iaitu jangan cuba-cuba letakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya kalau tak mahu ditimpa susah!
– MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori