SAN DIEGO – Ia merupakan satu kejadian pelik namun pengalaman yang dialami oleh dua beranak ini, iaitu dijadikan tebusan oleh kucing peliharaan mereka, Cuppy memang mengejutkan.
Pasangan ibu dan anak itu kemudiannya tiada pilihan selain menghubungi polis bagi menyelamatkan mereka.
Drama `tebusan’ itu bermula apabila anak perempuan wanita itu bangun pada awal pagi untuk ke tandas.
Namun Cuppy yang berusia 14 tahun menjadi ganas dan mencakar-cakar baju tidur anak perempuan wanita itu.
Cuppy kemudiannya menjadikan dua beranak itu tebusan dalam bilik tidur tersebut dan akan bertindak ganas apabila mereka cuba melepasinya.
Polis yang dipanggil ke rumah berkenaan kemudiannya cuba memujuk kucing itu keluar dengan memanggil namanya.
Cuppy akhirnya keluar sendiri dari rumah berkenaan.
Polis melaporkan ini merupakan kejadian pertama melibatkan pemilik kucing yang menghubungi pihak berkuasa selepas mereka dijadikan tebusan oleh binatang peliharaan mereka.