Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tugas Berat Sediakan Warkah...

KUALA LUMPUR - Walaupun telah tiga kali menggalas tugas menyediakan lambaran watikah pertabalan...

Rakyat Jangan Tertipu Helah...

JOHOR BAHRU - Rakyat diharap tidak tertipu dengan helah pemimpin Parti Pribumi Bersatu...

Selangor Dikritik Tak Hantar...

KUALA LUMPUR - Kelewatan negeri Selangor memberi data mengenai jumlah bangunan khas yang...

Agensi Berita Malaysia, Bahrain...

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak hari...

Effi Nazrel Saharudin Didenda RM10,000 Hina Agong

KUALA LUMPUR – Pengguna Twitter, Effi Nazrel Saharudin didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku salah atas dua pertuduhan menghantar komen jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, tahun lalu.

Hakim, Zulqarnain Hassan memutuskan demikian terhadap Effi Nazrel yang juga dikenali sebagai 10befiend selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula ke atasnya oleh jurubahasa.

Effi Nazrel selaku Orang Kena Saman (OKS) turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Terdahulu, pada 5 Jun lalu, Effi Nazrel didakwa atas dua pertuduhan menghantar dua komen jelik melalui akaun Twitter miliknya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.


Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah kondominium di Taman Puncak Desa, Kepong di sini, kira-kira jam 11.21 pagi dan 11.23 pagi, pada 1 Jun 2013.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori