Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Paris Hilton Diperdaya...

INILAH jadinya apabila program prank show sudah melampaui batas dalam mengenakan seseorang individu...

Malaysia Akan Bantu Palestin...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menghantar sumbangan kepada Palestin bagi membantu usaha negara...

Kaji Semula Beberapa Sistem...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengkaji beberapa sistem subsidi pada tahun depan, kata...

Polis Kesan 4 Lelaki...

GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian...

EKSKLUSIF : Kedai Judi Boleh Untung RM4,000 Sehari Maaa..

Siapa sangka, si pengusaha pusat judi internet haram di ibu kota ada yang boleh mengaut keuntungan sehingga RM4,000 sehari dan biasanya kutipan ‘kencang’ berlaku di waktu malam.

Itulah yang diceritakan oleh seorang penjaga pusat judi siber yang diserbu pada Operasi Bersepadu Membanteras Aktiviti Haram di sekitar Kuala Lumpur malam tadi.

Pusat judi itu yang terletak di Maluri, merupakan satu daripada sasaran pihak berkuasa diketuai Kementerian Wilayah Persekutuan dalam operasi sepanjang malam itu.

Menurut penjaga kedai berkenaan, Fiona, 38, premis itu beroperasi selama 24 jam dengan tiga orang wanita dan seorang lelaki asing warga Bangladesh bergilir-gilir menjaga premis berkenaan.

Pada malam tadi, Fiona bertugas bersama rakannya Jaza, 37.

JagaKedai_2

Fiona yang dibayar gaji RM1,400 sebulan dan baru sahaja sebulan setengah bekerja di pusat judi haram itu berkata, hanya mereka yang mengendalikan premis itu ada di sana, pemilik tidak pernah ‘turun’ sebaliknya hanya pengurus mereka sahaja untuk mengambil duit kutipan keuntungan.

“Tokey (majikan) biasa tak datang, selalu manager (pengurus) sahaja yang datang. Manager berbangsa Cina lelaki, dan kami hanya panggil dia Ah Chai kerana mereka ramai dan tidak tahu yang mana satu.

“Kami kenal tiga orang, semuanya Cina,” kata Fiona dalam temubual berkenaan.

Menjawab soalan wartawan berkenaan waktu bilakah pengurus datang untuk mengutip wang hasil perniagaan, Fiona berkata mereka akan menghubungi pengurus-pengurus ini apabila wang terkumpul mencecah RM2,000.

Fiona berkata, mereka akan menghubungi pengurus untuk mengambil wang jika kedai membuat keuntungan atau dengan lain katanya, jika pelanggan pusat judi mereka kalah teruk.

Menjawab soalan berapa kali kekerapan pengurus mereka datang mengambil wang keuntungan dalam sehari, Fiona berkata mereka akan datang mengutip wang sekali arau dua kali dalam sehari.

“Kalau siang kami tidak tahu kerana kami tidur, jika pada waktu malam mereka akan datang mengambil wang kutipan kira-kira dua kali setiap hari,” kata Fiona

Menurut Fiona, ada pelanggan yang pernah menang permainan judi di kedainya sehingga mencecah RM15,000 dan ia adalah jumlah yang paling tinggi setakat ini.


Dia berkata, pelanggan yang menang dengan jumlah wang banyak biasanya bermain permainan judi Roullette.

Fiona berkata dalam permainan di premisnya, yang paling banyak menang ialah mereka yang berbangsa Cina kerana mereka meletakkan wang pertaruhan tinggi kira-kira RM5,000 hanya sekali main.

“Biasanya diaoarang masukkan RM5,000 atau RM1,00 sekali main.

“Orang Melayu kurang menang kerana biasa masukkan sedikit yakni RM10 sahaja,” katanya.

Fiona berkata gaji kepada mereka dibayar secara tunai oleh majikan tanpa dipotong caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ataupun caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Malam tadi, premis yang dijaga Fiona dan rakannya Jaza, 37, diserbu pihak berkuasa yang bersama-sama dalam operasi bersepadu itu.

Dalam operasi berkenaan agensi lain yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Suruhanhaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Telekom Malaysia (TM).

Sebanyak 177 buah kafe siber yang juga sebuah pusat judi siber diserbu malam tadi daripada keseluruhan 300 buah yang terdapat di Kuala Lumpur.

Selain pusat judi haram, sebanyak 127 buah pusat urut yang disyaki beroperasi tanpa lesen diserbu.

Operasi malam tadi bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 7 pagi ini dilaksanakan di enam kawasan Parlimen iaitu Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Cheras, Bandar Tun Razak dan Seputeh. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori