Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Bapa ‘Belasah’ Pembunuh...

GAGAL mengawal kemarahan, seorang bapa bertindak di luar batasan dengan menumbuk lelaki yang...

Polis Cari Suspek Kes...

MELAKA - Polis sedang mengesan pemilik kereta Perodua Viva yang dipercayai terlibat dalam...

30 Anggota PPBM Di...

DUNGUN - Sebanyak 30 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Bandar Al...

Tertuduh Tiada Niat Bunuh...

“SAYA tiada niat untuk mencederakan Zulfarhan, apatah lagi untuk membunuhnya,” kata penuntut Universiti...

EPL: Torres Hampir Ke AC Milan Secara Pinjaman

LONDON – Penyerang Chelsea, Fernando Torres bakal mengakhiri penderitaannya di Stamford Bridge selepas dijadual menyertai kelab Itali, AC Milan secara pinjaman selama dua tahun.

Torres, 30 berdepan kesukaran bersama The Blues sejak perpindahannya yang memecah rekod British, STG50 juta (RM261.5 juta) dari Liverpool pada Januari 2011 selepas hanya meledak 45 gol dalam 172 penampilan bersama Chelsea dalam semua kejohanan.

Penyerang kelahiran Sepanyol itu dikatakan menjadi pilihan ketiga buat pengurus Chelsea, Jose Mourinho di belakang Diego Costa dan Didier Drogba malah masih belum diturunkan musim ini yang mungkin merubah fikirannya untuk menerima tawaran dari Milan.

“Chelsea dan AC Milan sudah bersetuju dengan terma perjanjian secara pinjaman selama dua tahun untuk Fernando Torres ke kelab Itali itu,” kata kenyataan yang dikeluarkan Chelsea.

“Perpindahan itu ketika ini bergantung kepada persetujuan Fernando terhadap terma perjanjian peribadi bersama AC Milan dan melepasi ujian perubatan.”


Seandainya perpindahan Torres lengkap, dia bakal menjadi salah satu pembelian paling merugikan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris berdasarkan reputasi dan perbelanjaan mewah untuk menariknya dari Anfield ke Stamford Bridge.

Satu-satunya sumbangan Torres yang paling diingati buat Chelsea ialah menjaringkan gol penting pada perlawanan separuh akhir menentang Barcelona pada 2012 selain menamatkan kemarau jaringan ketika menentang West Ham selepas 14 penampilan.

Torres ketika ini masih mempunyai kontrak selama dua tahun bersama Chelsea dengan gaji STG150,000 (RM784,769) seminggu dan dijangka tidak akan kembali ke Stamford Bridge selepas kontraknya di San Siro berakhir.

Begitupun, ironinya sebelum berita perpindahan ini timbul, Mourinho semalam mendakwa dia tidak boleh kehilangan Torres kerana ia akan mengurangkan pilihannya dalam jentera serangan The Blues dengan jendela perpindahan musim panas akan menutup tirainya, Isnin ini. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori