Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bapa Potong Hidung, Telinga...

Islamabad - Seorang bapa memotong hidung dan kedua-dua telinga seorang lelaki yang didakwa...

M’sia Kutuk Sekeras-Kerasnya Insiden...

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab...

Phuket Wajibkan Semula Pemakaian...

BANGKOK: Hanya dua hari selepas Phuket membenarkan kelonggaran pemakaian pelitup muka di kawasan...

‘Saya Tidak Akan Serang...

PORT DICKSON - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul...

Erma Fatima – ‘Saya Akan Cuba Bertahan Selagi Terdaya’

BUKAN sekali dua pengarah terkenal Erma Fatima diajukan soalan berkaitan rumahtangganya dengan Bade Azmi.

Ia susulan kisah perkahwinan suaminya itu dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Aida pada Mac lalu.

Justeru, ada suara-suara sumbang yang memberitahu rumahtangga pasangan itu kini dilanda badai dan mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

Memetik kenyataan terbarunya menerusi Berita Harian, ini jawapan Erma:

“Saya masih isteri kepadanya. Kehidupan saya seperti biasa. Seperti saya tekankan sebelum ini, kehidupan Bade dan wanita itu tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada isu yang perlu dibangkitkan lagi.

“Saat ini hanya Tuhan saja yang menentukan segala-galanya. Saya akan cuba bertahan selagi terdaya. Tapi andai Tuhan sudah tentukan kami tidak bersama, bermakna Bade bukan untuk saya.”


Hmm, agak dalam maksud Erma itu.

Sejujurnya kami mengharapkan agar rumahtangga pasangan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Harapnya, Bade pun akan adil dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada kedua-dua isterinya itu ya…

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori