Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kor Ming Hasut Rakyat...

KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menghasut komuniti...

Pemimpin Bertaraf ‘Lebai’ Percaya...

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah, Ridzwan Abu Bakar...

Rehat Cukup Bantu Nur...

KUALA LUMPUR - Rehat yang baik dan tidur secukupnya membantu Nur Durriyah Damian...

Sistem E-Charting Permudah Isu...

KUALA LUMPUR - Selangor hari ini memperkenalkan sistem E-Charting bagi memudahkan Pejabat Tanah...

Gadis Seksi Pada Banting Acara Muay Thai Calar Imej MB Kedah

Pelik juga, takkanlah penganjur Muay Thai Piala Menteri Besar di Kedah tak memikirkan sensitiviti masyarakat apabila menggunakan gambar perempuan seksi untuk mempromosi acara tersebut.

Dan secara logiknya, bagaimana pula bahan promosi yang digantung untuk tatapan umum itu mendapat kebenaran PBT?

Sudahnya kerajaan negeri terutama MB Kedah, Mukhriz Mahathir juga yang tercalar namanya apabila dikaitkan dengan eksploitasi wanita pada banting dan kain rentang yang dipacak di sekitar jalan utama di Alor Setar ini.

Gambar Seksi Pada Banting Acara Muay Thai Calar Imej MB Kedah


Mengikut keterangan pada banting, acara yang melibatkan tujuh perlawanan muay thai ini bakal berlangsung pada 5 dan 6 September depan jam 8.30 malam di Stadium Sultan Abdul Halim.

Bagaimana pun jika tujuan penganjur meletak gambar perempuan seksi adalah untuk mencipta kontroversi supaya umum lebih maklum tentang acara kelolaannya, nyata dia berjaya kerana isu ini telah mendapat liputan sebuah akhbar tempatan. – MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

  • Lagi berita berkaitan:
  • Seksi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori