Laman feldvolk.com telah mendedahkan beberapa keping gambar yang dipercayai iPhone 6 yang bakal dilancarkan 9 September ini.
Gambar terkini yang dibocorkan memberi gambaran yang lebih dekat dan terperinci akan peranti yang dikatakan bakal menakluki pasaran peranti pintar.
Gambar yang dibocorkan oleh Feld & Volk melalui laman Instagram menunjukkan telefon pintar berukuran 4.7 inci dari beberapa sudut.
Ini memberikan gambaran betapa nipisnya telefon pintar itu. Menurut laporan, ia mempunyai ketebalan hanya 7mm.
Tetapi imej-imej ini sememangnya berkadar langsung dengan gambar dan laporan yang diterima sebelum ini dengan bahagian tepi yang melengkung, butang speaker seakan iPod Touch dan butang kuasa yang diletakkan di bahagian tepi.
iPhone 6, 4.7 inci dan 5.5 inci dikhabarkan akan dilancarkan pada 9 September ini. Jika benar, bermakna pengguna tidak perlu menuggu lama untuk melihat sejauh mana kesahihan imej-imej dan maklumat yang telah dibocorkan selama ini.
Sumber: Feld & Volk
Oleh: hzqahmd