Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PRK Kimanis: Semua Pusat...

BEAUFORT - Kesemua 19 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis...

VIDEO: Anak Mangsa Teringin...

MELALUI satu video yang mula tersebar di media sosial, salah seorang anak mangsa kemalangan...

Berhati-Hati Tangani Propaganda Antivaksin

KUALA LUMPUR - Kira-kira seminggu lepas, saya menerima perkhabaran bekas rakan sekerja saya...

24 April Diisytiharkan Hari...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan...

Gangguan Bekalan Air Di Ibu Negara 2 September

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami bekalan air bersih pada 2 dan 3 September ini ekoran kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, orang ramai di kawasan terlibat disaran supaya membuat persediaan yang sepatutnya untuk memastikan simpanan bekalan air mereka mencukupi.

Katanya, gangguan bekalan air itu dijangka berlaku dari pukul 8 pagi pada 2 September hingga 6 pagi pada 3 September 2014.

“Para pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara ini serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.


“Pihak Syabas berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini dapat bersabar dan memahami kesulitan yang di alami,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, sebanyak 36 kawasan di ibu negara dan 101 kawasan di Gombak dijangka terlibat dalam gangguan bekalan air bersih tersebut dan kawasan terbabit adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur:
——————–
Flat DBKL Dato’ Keramat; Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney; Kementah; PULAPOL; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Jalan U-Thant dan Jalan Ampang Hilir; Taman Panda Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan; Permaisuri; Sebahagian Taman Maluri; Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Kencana; Taman Pandan Indah; Taman Maju Jaya; Taman Cheras Indah; Taman Pandan Komersial; Kawasan Jalan Pandan Utama dan Kawasan Jalan Pandan Mewah.
Gombak:
MINDEF; Desa Hussein Onn; Taman Setiawangsa; Taman Puncak Setiawangsa; Taman Bukit Setiawangsa; Keramat AU1 hingga AU5; Kampung Datuk Keramat; Taman Keramat (Jalan Enggang); Jalan Jelatek; Wangsa Melawati; Taman Permata; Desa Setapak; Taman Sri Rampai; Kampung Kemensah; Taman Dagang Permai; Setapak Jaya; Taman Bukit Mas; Taman Hillview; Taman Sri Ukay; Dataran Ukay; Ukay Heights; Taman Hijau; Taman Dato’ Ahmad Razali; Taman Ampang Utama; Kampung Baru Ampang; Kampung Melayu Ampang; Taman Cahaya Indah; Taman Kelab Ukay; Bukit Mulia; Bukit Mewah; Pinggiran Ukay; Bukit Jubina; Villa Sri Ukay; Ukay Perdana; Ukay Bistari; Kampung Sungai Sering; Wangsa Ukay; Taman Zooview; Kampung Pasir Hulu Kelang; Taman Tun Abdul Razak; Taman Kosas; Taman Rasmi Jaya; Taman Uda Jaya; Taman Ampang Indah; Kampung Dato’ Mufti; Taman Perwira Dua Ampang Jaya; Kemensah Heights; Kemensah Indah; Pesona Villa; Kampung Tasek Permai; Kampung Ampang Indah; Kampung Ampang Campuran; Kampung Tasek Tambahan; Taman Sri Raya; Bandar Baru Ampang; Ampang Avenue; Taman Pandan Ria (Mesra Ria, Villa); Ampang Mewah; Ampang Jaya; Baverly Heights; Bukit Antarabangsa; Bukit Utama; Bukit Jaya; Taman puncak Utama; Bukit Indah; Kuala Ampang; Taman Sering Ukay; Taman Andaman Ukay; Taman Bukit Kemensah; Taman Sri Bayu; Kampung Pinggir Tiga; Kampung Tengah Lembah Jaya; Taman Fairuza; Taman Ampang Prima; Taman Grandview Ampang Jaya; Wangsa Maju; Villa Wangsa Mas; Bukit Wangsa Mas; Megan Setapak; Taman Permai Jaya Ampang; Taman Tasek Tambahan; Ampang Waterfront; Bukit Ampang Permai; Desa Lembah Permai; Taman Dagang Jaya/Halaman Indah; Taman Sri Watan; Taman Sri Ampang; Taman Halaman; Taman Kesuma; Taman Ampang Saujana; Lembah Jaya Utara; Lembah Jaya Selatan; Kampung Muhibbah; Taman Bukit Ampang; Taman Sri Ampang; Danau Kota (Kawasan A); Wangsa Delima; Jalan Usahawan; Taman Wangsa Jaya; Taman Andaman Wangsa Maju dan Rampai Niaga Business Park. – mynewshub.my

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori