Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Muhammad Ziyad Tamatkan Zaman...

KUALA LUMPUR - Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, Muhammad...

Lepas 20 Tahun, Mahathir-Anwar...

HARI ini sudah genap 20 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan dalam...

UMNO Miliki Peluang Besar...

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod...

Jutawan Muslim Sumbang Semua...

RAMAI yang tidak mengenali Ali Banat, seorang pemuda Islam yang berasal dari Sydney,...

Gempar: Bayi Meninggal Kerana Tali Pusat Dibiar Berulat?

Tak pasti sejauh mana kebenarannya namun cerita seorang bayi telah maut gara-gara tali pusat tidak ditangani dengan betul kini tersebar di media siber dan aplikasi mesej Whatsapp.

Kisah ini dipercayai bermula selepas seseorang berkongsi gambar tali pusat bayi yang hitam dan berulat di laman Facebook dengan keterangan seperti di bawah:

‘Maaf ye, saya bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi saya nak kita semua sedar inilah akibatnya kalau kita suka-suka dan tak ikut arahan doktor. Saya dapat picture ini dari kakak ipar saya. Katanya bayi ni baru saja meninggal disebabkan tali pusat bayi ini berulat. Kerana taruk ubat tradisional pada pusat bayi inilah jadinya. Saya nak ingatkan pada kawan-kawan dan untuk diri saya juga jangan terlalu memandai kalau tak pasti kesannya..’

Fullscreen capture 8282014 22639 PM

Sebenarnya agak pelik juga bagaimana kes seperti ini boleh berlaku memandangkan ibu baru bersalin biasanya dijaga orang tua yang berpengalaman dan boleh memberikan nasihat serta panduan.


Selain itu amalan mengunjungi ibu dan bayi di rumah untuk memantau keadaan mereka selepas seminggu kelahiran adalah amalan biasa hospital awam mahu pun sesetengah hospital swasta pada hari ini.

Apa pun, ini adalah pengajaran berguna buat bakal ibu di luar sana.

Pastikan anda mempunyai pengetahuan secukupnya tentang cara penjagaan bayi untuk memastikan kesihatan si kecil terjaga selepas kelahirannya jika anda berpantang sendiri ok? –  MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori