Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Situasi banjir di Terengganu semakin baik apabila dua bilik gerakan...

Pengorbanan Jururawat Hadapi Krisis...

KUALA LUMPUR - Berbeza dengan sambutan sebelum ini, Hari Jururawat Sedunia 2020 pastinya...

Najib Nafi Hantar Amhari...

Putrajaya : Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa beliau mengarahkan bekas pembantu...

Elena Hani Sedia Tinggalkan...

ISTERI kepada aktor Fahrin Ahmad, Elena Hani Eleas mendedahkan dia sudah bersedia untuk meninggalkan...

Ibu Wira Negara Semporna Terlalu Sedih Baca Keadaan Mayat Anak

Gara-gara kisah kematian ngeri anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna, Sabah pada 2 Mac tahun lepas dilaporkan secara terperinci dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, keluarga salah seorang mangsa mengalami trauma.

Sadiah Mohd Amin, ibu kepada Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran dikatakan terlalu terkejut dengan pendedahan tersebut hingga tidak dapat tidur.

Si ibu kini asyik menangis dan bertanya, “betul ke ni? betul ke ni?” merujuk kepada keadaan mayat anaknya yang dikatakan dalam keadaan ngeri ketika ditemui.

Tambah memburukkan keadaan apabila terdapat orang kampung yang tidak sensitif datang bertanyakan hal ini kepada keluarga Azrul sekali gus menambah kedukaan ibunya.

Susulan itu, satu print screen perbualan kenalan keluarga ini di media sosial menyatakan perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Fullscreen capture 8222014 54819 PM

simunul2 (1)

Dalam laporan disiarkan kelmarin, wartawan mahkamah akhbar terlibat melaporkan butiran perbicaraan kes serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna yang berlangsung Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Antara dilaporkan adalah keadaan dua mayat mangsa yang dibunuh secara kejam termasuk dipenggal kepala dan kulit muka dikoyak hingga kelihatan tulang.


image

Azrul, salah seorang daripada enam anggota polis yang terkorban dalam insiden serangan hendap Semporna diangkat sebagai wira negara termasuk oleh kerajaan negeri Terengganu apabila sebatang jalan masuk ke rumahnya di kampung diabadikan sempena namanya.

'Jalan Wira Negara Koperal Azrul

Jalan Wira Negara Koperal Azrul 4

Apa yang boleh dikatakan, sesetengah perkara mungkin dirasakan menarik dan tidak salah untuk disebarkan oleh kita tetapi sebelum melakukannya cuba fikir sejenak di sudut kemanusiaan sekiranya kita berada di pihak keluarga mangsa.

Semoga apa yang kita kongsikan memberi manfaat dan bukan membawa mudarat kepada sesiapa pun.

Nasihat ini bukan untuk wartawan di luar sana sahaja tetapi untuk diri penulis sendiri juga. Wallahua’lam. – MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori