Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kembar Siam Bercantum Hati...

CHANDIGARH, India – Sepasang bayi kembar Siam perempuan di sini berjaya dipisahkan oleh...

Bajet 2017 Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Bajet 2017 Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP akan dibentang pada...

Lewat Bayar Cukai Kami...

MELAKA TENGAH: Sukar digambarkan perasaan bagi sesetengah penduduk di Taman Bukit Beruang Bestari,...

Pembangkang Sarawak Bergabung Bersama...

SIBU: Parti Progresif Demokratik (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dijangka mewujudkan gabungan...

Jangan Sebarangan Nak Pakai ‘Cincin Zakar’, Boleh ROSAK Terus!

SEMALAM kita dikejutkan dengan berita bagaimana pihak bomba terpaksa memotong cincin yang melekat di alat sulit seorang mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu jam 7.25 pagi tadi.

BACA: Cincin Melekat Di Alat Sulit

Sebenarnya ada banyak peralatan berbentuk gelang dan cincin untuk ditambat kepada zakar yang kononnya dapat memberi tenaga, kekuatan dan kesihatan zakar.

Semua peralatan itu dijual dengan harga mahal. Ada juga peralatan sama yang dikatakan mengandungi azimat atau jampi serapah, kononnya membuatkan zakar ‘gagah’.

Di samping itu kita terdengar mengenai musibah yang berlaku kepada beberapa orang yang menggunakan cincin besi untuk menambat pangkal zakar dengan tujuan membesarkan zakar.

Persoalannya, benarkah cincin dan gelang untuk zakar benar-benar memberi manfaat seperti digembar-gemburkan itu?

Mereka yang menjadi ejen alat berkenaan sudah tentu memberi pelbagai testimoni dan ada juga yang menunjukkan gambar ‘zakar mereka’ yang pulih dan baik akibat penggunaan cincin berkenaan.

Menurut Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Tamby, itu sebenarnya hanya tipu helah dan taktik untuk mencari wang ringgit dengan senang.

Mereka sanggup menjual maruah dan memberi derita kepada yang orang membeli alat itu.

Individu yang terdesak akan membeli tanpa usul periksa dan kemudian mengalami masalah.


Untuk makluman pembaca, cincin dan gelang yang keras apabila ditambat kepada pangkal zakar ketika zakar separa tegang akan menahan darah.

Jika kebetulan zakar membesar dan cincin atau gelang itu tertambat serta sukar ditanggalkan, ia memberi masalah kepada perjalanan darah ke dalam zakar.

Apabila perjalanan darah tersekat, tisu dalaman akan mati dan zakar akan rosak selama-lamanya.

Jika cincin yang elastik dan yang mudah mengembang digunakan, cincin itu mengembang serta tidak memberi tekanan jika tiada benda keras dalamnya.

Maka cincin itu boleh digunakan jika mahu kekalkan ereksi untuk jangka masa lama atau memantapkan ereksi yang kurang tegang kepada lebih tegang.

Namun cincin dan gelang itu perlu diuji dan bukan sekadar dibuat dan dijual.

Jika penambat cincin itu ketara, ia boleh menekan tisu zakar dan mengakibatkan keradangan serta kemunculan parutan jika digunakan untuk jangkamasa lama atau digunakan kerap.

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • zakar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori