SEORANG pengguna akaun Facebook, Nurul Nadia Noni telah berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang pemuda kurang upaya di KL Sentral menerusi statusnya yang berbunyi:
“At first glance, I thought he was just an ordinary beggar and no one read his paper sign. So when i come closer, he actually selling his homemade chocolate. Sedap! I have tried and bought it. So sesiapa ada di area KL Sentral please come to this abg and help him buy his homemade choc. Dia cakap dia duduk wangsa maju and nak cuba buat bisnes ni. Please please do help him!”
Status tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai sehingga turut dikongsi oleh lebih 5,000 pengguna akauan Facebook yang lain.
Nurul turut menyertakan gambar coklat yang dijual oleh pemuda yang dikenali sebagai Mohd Iswadi Ismail itu.
Kami tabik dengan pemuda ini kerana sanggup berusaha tanpa mengambil jalan mudah bagi mendapatkan sumber kewangan.
Kadang-kadang, orang yang sihat pun sanggup mengemis dek kerana malas bekerja, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY