Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Berbangkit Berhubung RUU...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang isu berbangkit...

Orang Asli Jumpa Mayat...

GUA MUSANG - Mayat berulat dan hampir reput ditemukan dalam semak di...

Jemaah Menari-Nari Dalam Masjid,...

SEBUAH video yang memaparkan sekumpulan jemaah menari-nari bak pesta dalam sebuah masjid di...

Sadis.. Bapa Ditikam Ketika...

Kuala Terengganu - Kurang 24 jam selepas menikam rakan sekerja, seorang pengawal keselamatan...

Kanak-Kanak Palestin Turut Dibawa Pulang Untuk Rawatan

Selain mengagihkan bantuan ubat-ubatan dan makanan kepada peduduk Gaza, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) juga mengenalpasti beberapa orang kanak-kanak Palestin untuk dibawa ke Malaysia bagi mendapatkan kemudahan rawatan susulan.

Dalam satu rakaman video, menunjukkan Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bermesra dengan seorang bayi dan kemudiannya bertanyakan kepada keluarganya untuk membawa bayi itu ke Malaysia.

Bayi itu juga kelihatan seperti begitu mesra dan mudah menerima Abdul Azeez yang menciumnya dan mendukungnya, seperti dipaparkan di laman web Abu Aqif Studio.

Menurut beliau dalam video berkenaan, lawatan itu merupakan pada hari pertama beliau di bumi Gaza di mana lawatan pertama merupakan lawatan ke tiga buah hospital.

“Pertama, kita telah pergi ke Hospital Muhammad Yusuf Al Naj di Rafah, Hospital Naseer dan ini adalah hospital ketiga Hospital Al Amal oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin,” kata Abdul Azeez.

Dalam lawatan itu, beliau melihat kebanyakan warga Palestin mengalami kecederaan terputus kaki mereka akibat bedilan daripada tentera rejim Zionis, Israel.

“Sebagai contoh, kanak-kanak ini berusia dua tahun mengalami kecederaan di kepala dan Dr Tareeq telah menasihatkan kepada saya supaya membawa anak ini pulang ke Malaysia untuk dibedah di bahagian otak bagi mengatasi masalah saraf,” katanya.


Menurut Abdul Azeez, Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza turut mengagihkan sebanyak 20 tan bekalan ubat-ubatan kepada tujuh buah hospital di Gaza bagi memudahkan mangsa bedilan kejam Israel segera menerima rawatan.

Dalam lawatan itu juga, Ahli Parlimen Rafah Usama Asyraf Jumaah turut mengesahkan komitmen beliau dalam menguruskan dokumentasi para pesakit kanak-kanak Palestin supaya langkah membawa pulang mereka ke Malaysia berjalan lancar. – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014

Oleh : IBNU K

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori