Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Saya Dah Edit Gambar...

SEORANG wanita menjadi mangsa jenayah siber apabila gambarnya di aplikasi sosial diedit hingga...

1,000 Penduduk Sertai ‘Putrajaya...

PUTRAJAYA - Kira-kira 1,000 penduduk Putrajaya menyertai acara berbasikal santai, Putrajaya Community Ride...

Konsep Sekolahku SEJAHTERA Lahir...

PUTRAJAYA : Konsep Sekolahku SEJAHTERA yang dilancarkan hari ini bermatlamat melahirkan generasi muda...

Kastam Lupus 262.45kg Dadah...

SERDANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini buat pertama kalinya menggunakan...

Kementerian Akan Pantau Pelan Penstrukturan Semula MAS

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia akan memantau secara terinci pelaksanaan ‘Pelan Penstrukturan Semula MAS’ yang diterajui Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) supaya tidak menjejaskan kebajikan pekerjanya.

Menterinya, Datuk Richard Riot Anak Jaem berkata, satu mesyuarat khas telah diadakan baru-baru ini untuk mengetahui pelan strategik dan pelaksanaan Khazanah termasuk masa depan kakitangan.

Katanya, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar.

“Saya berpuas hati dengan penjelasan beliau. Dalam kata lain MAS akan memastikan pekerja yang memilih untuk tidak kekal bersama MAS atau memilih untuk latihan semula kemahiran akan terjaga kepentingan mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Sijil Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu, di sini hari ini.

Semalam Khazanah mengumumkan 12 pakej pemulihan bagi membolehkan MAS kembali pulih dan mencatat keuntungan dalam tempoh tiga tahun.

Pelan pemulihan membabitkan suntikan dana RM6 bilion untuk MAS juga akan menyaksikan pengurangan 30 peratus atau 6,000 kakitangan syarikat penerbangan nasional itu daripada jumlah keseluruhan kira-kira 20,000 ketika ini.


Selain itu bermula 1 Julai 2015, MAS akan menjadi sebuah syarikat baharu dan akan memeterai kontrak dengan pembekal bagi terma yang saksama dan mengambil kira kesukaran kewangannya.

Mengulas lanjut Riot berkata, selain menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela(VSS), MAS juga akan menyediakan latihan kemahiran semula serta penempatan semula kakitangan termasuk di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di seluruh negara.

Katanya, selepas pelan pemulihan MAS itu dilaksanakan, hanya Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) akan mewakili dan memperjuangkan hak anggotanya. – BERNAMA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori