Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Menu Unik, Jepun Cipta...

DAH jemu dengan patty burger, sebuah rangkaian makanan segera di Jepun, Lotteria telah...

Instant Aufa BBC, Tudung...

PEMILIHAN jenis tudung dan pemakaian hijab sering menjadi persoalan utama dalam diri setiap...

Perut Besar, Otak Mengecil

LONDON - Perut buncit yang berpunca daripada lemak berlebihan sudah lama dianggap tidak...

Warga Emas Maut Kereta...

IPOH - Seorang warga emas maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas dan jatuh...

‘Kesan Jari’ Di Pipi Murid Dakwa Ditampar Guru Sebenarnya Alergik?

Rabu lalu Mynewshub telah siarkan kisah seorang murid darjah 1 di Pulau Pinang mempunyai kesan birat menyerupai jari di pipi, dikatakan kerana ditampar guru.

Kejadian ini tersebar di media siber selepas bapa saudara kanak-kanak terbabit memuat naik status berkaitan di laman sosial dengan memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang sebelum satu laporan polis dibuat.

Bapa kanak-kanak ini turut tampil di sebuah akhbar tempatan dan mendakwa anaknya ditampar kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

996150_1526948317520059_3587265772235171688_n

 

Bagaimana pun dalam perkembangan terbaru kes ini, seseorang yang mempunyai kaitan dengan sekolah kanak-kanak tersebut mendakwa siasatan pihak sekolah mendapati sebaliknya.

Kesian.. Murid Darjah 1 Ditampar Cikgu Sampai Lekat Kesan Jari

Kesan di pipi murid itu didakwa ada sejak hari Isnin lagi dan sudah hilang semasa laporan polis dibuat ibu bapanya. Manakala murid tersebut dikatakan memang nakal dan dimarahi guru pada hari kejadian kerana berlari dan menumbuk papan putih tapi tak sampai ditampar.


Susulan itu guru yang didakwa menampar murid tersebut dikatakan telah memfail saman malu bagi membersihkan namanya.

Sementara itu seorang lagi pengguna Facebook mendedahkan, kesan di pipi murid itu bukan kerana ditampar tapi disebabkan alergik.

Kesian.. Murid Darjah 1 Ditampar Cikgu Sampai Lekat Kesan Jari

Apa pun, sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan hasil siasatan mereka jika benar kes ini telah dilaporkan. Rasanya itulah jalan terbaik.

Apa pun diharapkan kes sebegini dapat dielakkan pada masa depan. Bila ibu bapa dan pihak sekolah bertelagah yang jadi mangsa adalah murid yang masih mentah dan memerlukan tunjuk ajar untuk jadi manusia berguna. – MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori