Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Adenan Mahu Pengurusan Hutan...

KUCHING - Dasar pengurusan hutan lestari dilaksanakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan...

FGV Catat Kerugian Bersih...

FGV Holdings Bhd. (FGV) mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM3.37 juta bagi suku pertama...

Didakwa Tampar Anggota Polis,...

PELAKON dan pengarah bergelar Datuk, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota...

Muhyiddin Keluar Istana, Dijangka...

KUALA LUMPUR - Selepas 40 minit, pemimpin dari UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu...

Krisis MB : Sultan Selangor Pulang Lebih Awal Dari Budapest

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan kembali ke Selangor empat hari lebih awal daripada tempoh yang dijadualkan iaitu pada Sabtu ini.

Menurut sumber kerajaan negeri Selangor yang dipetik laman web The Star, mengikut jadual baginda akan pulang pada Rabu depan tetapi ia menjadi lebih pendek tetapi tidak diketahui sebab apakah baginda pulang lebih awal.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin telah pun menitahkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya jangan membuat sebarang keputusan dasar atau kenyataan berhubung kedudukan beliau sehingga baginda pulang dari Budapest, Hungary.

Abdul Khalid sebelum ini telah pun menghadap baginda pada 11 Ogos bagi menjelaskan isu berkaitan pemecatan beliau dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua hari sebelumnya.

Berkenaan isu kerusi Menteri Besar, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini telah mengadakan sidang media memaklumkan mendapat sokongan 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.


Sokongan itu hadir daripada semua ADUN PKR dan DAP termasuk dua ADUN Pas yang tidak mengikut pendirian Majlis Syura PAS sebelum itu yang menyokong Menteri Besar sedia ada.

Abdul Khalid pula ada membuat permohonan untuk berlepas ke Budapest, menghadap baginda tetapi tidak diberi perkenan sebaliknya Abdul Khalid dititahkan supaya menunggu baginda pulang ke Selangor. – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014

Oleh : IKA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori