Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Seorang Lagi Remaja Lemas...

KEMAMAN - Seorang lagi remaja yang dilaporkan hanyut dibawa ombak besar bersama dua...

Ikrar Integriti Perlu Disertakan...

MELAKA - Ikrar Integriti yang dilafazkan oleh setiap agensi kerajaan dan swasta perlu...

4 Perancang Utama MH17...

SHAH ALAM - Laporan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) mendedahkan empat suspek dikenal pasti...

Caruman Wajib KWSP Kembali...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan tarikh pembayaran caruman wajib...

Lebih Ramai Kibarkan Jalur Gemilang Secara Sukarela

PUTRAJAYA – Lebih ramai rakyat negara ini, khasnya warga Putrajaya dilihat mengambil bahagian secara sukarela dalam kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57 tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata ‘aura yang berlainan’ itu mungkin berikutan tragedi yang menimpa negara baru-baru ini termasuk kejadian penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine dan kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines.

“Mungkin atas sebab tertentu umpamanya suasana hiba yang melanda negara jadi semangat patrotisme itu dibuktikan dan dizahirkan melalui kibaran Jalur Gemilang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ibrahim ditemui sebelum menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat Putrajaya yang mengelilingi pusat pentadbiran kerajaan ini bagi membawa mesej-mesej kemerdekaan selain mengagihkan Jalur Gemilang di sepanjang laluan dan perhentian.


Beliau berkata sekurang-kurangnya 12 kenderaan terlibat dalam konvoi itu termasuk kakitangan Jabatan Penerangan dan wakil Komuniti 1Malaysia, yang akan turut berinteraksi dengan rakyat sepanjang konvoi itu.

“Konvoi ini diadakan di setiap negeri dengan diterajui oleh Jabatan Penerangan dan disertai oleh beberapa agensi bagi menyemarakkan  suasana
kemerdekaan, sekaligus membuatkan orang ramai berasa teruja untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.

Di Putrajaya, ia juga bagi merayakan kejayaan kami memetakan Jalur Gemilang di mana kami menyusun atur kedudukan Jalur Gemilang supaya seragam dan menjadi model kepada seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori