Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

I Am Me DSV...

KALAU dulu semasa di Konsert Nova 2017, Datuk Seri Vida dijemput ke atas...

Dibunuh Sebelum Dibakar Di...

MAYAT yang ditemui dalam keadaan rentung dipercayai mangsa bunuh di kebun kelapa sawit...

Wanita Hamil Perlu Secepat...

PETALING JAYA - Pelatih Pakar Bedah, Dr. Amalina Che Bakri menasihati wanita hamil...

Nelayan Rogol Anak Sendiri...

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan yang bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak...

LHDN Beroperasi Di UTC Johor Bermula 25 Ogos

KUALA LUMPUR – Kaunter Perkhidmatan Cukai Pendapatan dan Duti Setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan beroperasi di di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor bermula 25 Ogos ini.

LHDN dalam satu kenyataan media memberitahu, lokasi kaunter itu di Tingkat 2 – UTC – 05 dan 06, Galleria@Kotaraya, Jalan Trus, Johor Bahru.

“Kaunter LHDN di UTC Johor ini menyediakan perkhidmatan yang terhad iaitu nasihat cukai pendapatan pada setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.

“Perkhidmatan lain adalah Duti Setem (penerimaan bayaran hingga pukul 3.30 petang sahaja) pada pukul 8 pagi hingga 5 petang dari hari Ahad hingga Rabu dan 8 pagi hingga 3.30 petang pada hari Khamis,” kata kenyataan itu hari ini.


LHDN memaklumkan, sebanyak enam UTC telah beroperasi di seluruh negara untuk memberi kemudahan kepada rakyat melakukan urusan berkaitan mendapatkan nasihat percukaian dan duti setem.

“Kami berharap operasi UTC yang ke-7 di Johor ini akan terus membantu orang ramai di sekitar daerah berkenaan menyempurnakan urusan berkaitan,” kata kenyataan itu. – mynewshub.my

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori