New York – Selepas enam tahun menjadi pasangan suami isteri, penyanyi Mariah Carey dan Nick Cannon dilaporkan bakal bercerai.
Pasangan itu kini sudah tidak tinggal sebumbung.
Mereka memiliki dua cahaya mata.
Mariah, yang 12 tahun lebih tua dari Cannon telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan peguam untuk perceraian.
Manakala Cannon pula lebih pasif, mungkin disebabkan oleh anak-anaknya.
Namun jika betul mereka bercerai maka mereka pasti berdepan dengan masalah untuk membahagikan harta berjumlah $500 juta dolar milik Mariah.
Pasangan itu juga memiliki rumah di New York, Los Angeles, Aspen dan Windermere yang terletak di Bahamas.
Selain itu, Mariah dan Cannon juga berkongsi pesawat peribadi bernilai $5 juta dolar dan beberapa kereta mewah termasuk Lamborghini berharga $400,000.
Mariah dan Cannon dikatakan cuba hidup berasingan ketika rumah mereka dalam pembaikan manakala rumah agam di Bel Air pula telah dijual pada harga $13 juta dolar.
Menurut sumber, pasangan itu menggunakan rumah mereka yang dalam pembaikan itu sebagai alasan untuk hidup berasingan.
Mariah dikatakan sudah putus asa dengan perkahwinannya sejak awal tahun lalu dan kini nampaknya Cannon juga merasainya.