KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) akan mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk kakitangan syarikat itu yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu.
MAS dalam satu kenyataan media memberitahu, majlis itu akan diadakan Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya di sini pada 26 Ogos ini.
“Majlis ini memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penghormatan dan membaca doa untuk mangsa nahas itu. Majlis ini turut melibatkan solat khas untuk MH370,†kata kenyataan itu hari ini.
MAS dalam pada itu memberitahu, sebagai menghormati kepulangan jenazah nahas MH17 hari ini, syarikat itu membekalkan reban hitam kepada kakitangannya sebagai simbolik bersedih terhadap tragedi itu.
Menurut kenyataan itu, semua jabatan dalam MAS bertafakur selama dua minit dan membaca al-Fatihah untuk mangsa pada pukul 10.55 minit pagi ini.
Kata kenyataan itu, MAS turut memberi masa pelepasan untuk kakitangannya di ibu negara dari pukul 10 pagi hingga 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada rakan-rakan mereka yang terkorban dalam tragedi itu. – mynewshub.my