Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Artisan Jepun Bebas Tuduhan...

SEORANG artisan Jepun, Megumi Igarashi telah menjadi bualan hangat media sosial seluruh dunia apabila...

DRB HICOM-Geely Pacu Proton...

KUALA LUMPUR - Perkongsian DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd,...

Sesi Persekolahan Bersemuka Hanya...

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin memaklumkan hanya sekolah di negeri-negeri...

Ikea Damansara Lengang Bila...

CAWANGAN kedua gedung perabot dan peralatan rumah yang berasal dari Sweden, Ikea secara...

Mayat 2 Lagi Pekerja Bangladesh Dihempap Konkrit Ditemui

PETALING JAYA – Mayat dua lagi pekerja warga Bangladesh yang terperangkap dalam runtuhan konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara di sini, ditemui tengah hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik ditemui pihaknya pada 1.35 tengah hari ini.

“Kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mayat seorang lagi pekerja Bangladesh, Mohammad Elahi Hossain ditemui pasukan mencari pada 2.30 pagi tadi dan telah dibawa ke hospital sama.

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh itu maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Kota Damansara pada 8.30 malam tadi.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di laman Twitternya meluahkan rasa terkejut dengan insiden itu dan mahu siasatan penuh dijalankan segera.

Sementara itu, kerja pembinaan di tapak kerja MRT berkenaan  ditangguhkan buat sementara waktu bagi memudahkan proses siasatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.

Namun, katanya projek MRT di kawasan lain berjalan seperti biasa.


“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memperoleh maklumat lanjut berhubung punca kemalangan itu berlaku.

“Walaupun kemalangan berlaku di kawasan tapak kerja dan bukan di kawasan awam, pihak kami memandang serius dan kesal atas insiden yang berlaku,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian sebelum mengumumkan peletakan jawatannya selaku CEO pada sidang media berasingan pada kira-kira 4 petang tadi.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp Amir Mahmood Razak berkata kesemua lapan kabel yang memegang konkrit terjatuh itu dipotong pada kira-kira 8.30 pagi tadi untuk memudahkan operasi mencari mayat.

Menurutnya, Kedutaan Bangladesh di Malaysia sudah dimaklumkan mengenai insiden itu.

Pekerja di tapak itu, Mohd Shajahan, 30, dari Bangladesh berkata seorang daripada mangsa menelefonnya meminta supaya  membawa perkakasan sejurus sebelum kejadian itu.

“Saya sedang menuju ke arah mereka apabila melihat konkrit itu runtuh lalu menghempap mereka,” katanya.

Beliau berkata ketika kejadian, terdapat lapan pekerja Bangladesh iaitu lima di kawasan sekitar dan tiga di bahagian atas struktur konkrit sedang bekerja di tapak itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori