Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JPN Pandang Serius Laporan...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius laporan Al Jazera pada Jumaat...

The Truth: Islam In...

KUALA LUMPUR - Kejayaan memberansangkan daripada musim pertama dokumentari The Truth: Islam In...

Perompak Larikan RM500,000 Dari...

GEORGE TOWN - Seorang pengawal keselamatan melepaskan lima das tembakan ke arah dua...

7 Lelaki Geng Kongsi...

GEORGE TOWN - Pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai punca kejadian sekumpulan...

Melampau!! NGO Macha Dan Ah Beng Bagi Arahan Pada Sultan

SUATU ketika dahulu, kedaulatan Sultan Perak Almarhum Sultan Azlah Shah dihina oleh sesetengah ahli politik ketika konflik Menteri Besar Perak, kini Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pula cuba untuk didesak.

Memetik laman web, rakyatnews.my sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali dengan nama “Teo Beng Hock Trust For Democrasy (Teo Beng Hock Keyakinan Untuk Demokrasi)” memohon dan mendesak agar tuanku tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Sekretariatnya, Faisal Mustaffa berkata sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai pemilihan pucuk pimpinan negeri itu tidak seharusnya menerima campurtangan dari Sultan.

“Kita mohon agar Sultan Selangor untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran dan keputusan mengenai pemilihan pucuk pimpinan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media ‘Kembalikan Selangorku’ Kempen Reben Hitam di ibu negara hari ini.

Faizal yang merupakan penyelaras kempen itu turut mendesak agar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya selepas memecat lima Ahli Exco Negeri dari PKR dan DAP.

“Kami terkejut dengan pemecatan lima orang exco negeri Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang dibuat oleh beliau (Khalid Ibrahim).

“Keputusan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim itu tidak demokratik ia betul-betul menghina pengundi di Selangor,” katanya.

Dalam pada itu Faisal turut berkempen agar semua pengundi memakai reben hitam dan ditampal disetiap banggunan kerajaan dan pusat khidmat kerajaan negeri sebagai tanda untuk mengembalikan kerajaan Selangor kepada PR.

Siapakah kumpulan ini pandai-pandai nak menasihati tuanku dalam urusan pentadbiran di mana dia menjadi simbol kedaulatan negeri Selangor itu sendiri?

Hakikat sesuatu perlantikan Menteri Besar Selangor adalah terletak di bawah kuasa Sultan Sharafuddin.


Perlantikan seorang Menteri Besar terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Menurut Perkara 53(2)(a) undang-undang itu, baginda boleh melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti ADUN selaku Menteri Besar.

Di bawah Perkara 55(2)(a) pula, baginda boleh menggunakan budi bicara dalam perlantikan itu.

Pada masa sama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor mengkehendaki seorang Menteri Besr haruslah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Jelas tindakan NGO Teo Beng Hock Keyakinan Untuk Demokrasi ini menghina Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dengan memberikan satu desakan kepada baginda yang mahukan baginda tidak mencampuri urusan kerajaan negeri di dalam negerinya sendiri. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : KUMBANG WIRA

*Faisal ni adalah kuda yang diketengahkan dalam isu ini kononnya bagi menampakan bukan macha dan ah beng yang mahukan Sultan Selangor jangan mencampuri urusan pemilihan MB.

Kalau Sultan tak boleh memainkan peranan, takkan orang Kedah (Wan Azizah) dan Penang (Anwar Ibrahim) diberikan hak untuk menentukan MB Selangor?

Dasar puak pendatang tak sedar diuntung!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori