Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bunuh Enam Sekeluarga Konon...

NEW DELHI - Polis menahan sembilan orang di timur India kerana membelasah hingga...

SPR Sedia 401 Pusat...

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu menyediakan 401 pusat mengundi yang...

Kes Saman Dr Ling:...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk memadamkan afidavit yang...

Pengorbanan Jururawat Hadapi Krisis...

KUALA LUMPUR - Berbeza dengan sambutan sebelum ini, Hari Jururawat Sedunia 2020 pastinya...

MH17: 20 Jenazah Warga M’sia Dibawa Pulang Jumaat Ini

PUTRAJAYA – Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 pagi, Jumaat ini akan melibatkan 20 jenazah mangsa warganegara Malaysia.

Kumpulan pertama jenazah itu terdiri daripada 17 keranda dan tiga lagi di dalam bekas abu namun tidak melibatkan jenazah warga Belanda yang dilaporkan sebelum ini akan dikebumikan di Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata senarai penuh jenazah mangsa akan diumumkan esok.

“Perbincangan kita dalam Jemaah Menteri, kita mengesahkan pada Jumaat ini kita akan terima 20 jenazah warganegara kita kembali ke tanah air. Kita juga dapat pengesahan walaupun ada tambahan jenazah tetapi ia tidak menjejaskan persiapan di negeri-negeri berkenaan,” katanya dalam sidang media bersama di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori