Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Iktiraf Peranan NGO...

KUALA LUMPUR - Bajet 2016 seperti dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Remaja Maut Tersepit Lif...

ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki maut selepas tersepit pada lif mengangkat barang...

Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas...

Kuala Lumpur : Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md...

Hampir 20,000 Rekod Perubatan...

PETALING JAYA - Sebuah syarikat keselamatan Jerman menunjukkan ada kebocoran data melibatkan jutaan...

MH17: Jenazah Dibawa Pulang Berperingkat Mulai 22 Ogos

PUTRAJAYA – Jenazah mangsa nahas pesawat MH17 akan dibawa pulang secara berperingkat dari Amsterdam ke tanah air mulai 22 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia membabitkan kumpulan jenazah pertama terdiri daripada 15 mangsa, dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi.

Katanya, ketibaan mereka akan disambut menerusi satu Upacara Istiadat Penghormatan ringkas dan turut dipancarkan secara langsung menerusi televisyen.

Upacara ketibaan jenazah di Kompleks Bunga Raya KLIA itu akan disempurnakan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah serta dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, semua mangsa berkenaan akan dibawa pulang menggunakan pesawat khas.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia berhubung tragedi pesawat MH17, di Bilik Mesyuarat di pejabatnya di sini, sebentar tadi.


Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Dr Wee Ka Siong serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Semalam, Joseph Kurup mengesahkan 10 daripada 16 mayat rakyat Malaysia terdiri daripada penumpang dan kru pesawat MH17 yang sudah dikenal pasti identitinya, disahkan bukan beragama Islam.

Seramai empat wakil agama bukan Islam dari Malaysia juga sudah berlepas ke Amsterdam, Belanda malam tadi untuk menguruskan mayat rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17.

Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas – dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Russia pada 17 Julai lalu.

Sebanyak 43 warga Malaysia antara penumpang dan anak kapal pesawat itu. – Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori