Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

200 Mayat Ditemui Di...

PARIS, Perancis – Sekumpulan pakar arkeologi di sini tidak menyangka akan menemui lebih...

Kenyataan Tun M Konon...

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan Tun...

Jalaluddin Hassan Pengsan Selepas...

AKTOR dan pengacara terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan pengsan selepas menjadi tamu program bual...

Maria Chin Dibebaskan Selepas...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 5.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan hari ini selepas...

MH17: Sultan Perak Hadir Istiadat Penghormatan Jenazah

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini untuk istiadat menerima dan memberi penghormatan dua jenazah mangsa MH17.

Turut berangkat, Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Baginda yang tiba pada jam 11.50 pagi disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, beberapa EXCO kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Dua jenazah akan tiba di LTSAS iaitu penumpang MH17, Noor Rahimmah Mohd Noor, 67, dan pramugari, Chong Yee Pheng, 40.


Jenazah Noor Rahimmah akan dibawa ke rumah keluarganya di No 18 Jalan Ampang Tambun, Ipoh dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun.

Mayat Yee Pheng pula akan dibawa ke rumah ibu bapanya di No 120 Jalan 4, Taman Pertama di sini sebelum disemadikan di Paradise Memorial Park, Chemor.

Sementara itu, satu lagi mayat yang dibawa ke Perak, juga pramugari MAS, Azrina Yakop, 42, diterbang terus dari KLIA ke Lapangan Terbang Tekah, Taiping untuk dikebumikan di sana. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori