KUALA LUMPUR – Cuaca di Sepang yang menjadi lokasi berlangsungnya majlis penghormatan mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, diramal tiada hujan pagi ini.
Menurut portal Jabatan Meteorologi Malaysia ribut petir dijangka berlaku di kawasan pedalaman pada sebelah tengah hari dan tiada hujan pada sebelah malam.
Suhu di Sepang hari ini dijangka antara 25 darjah celsius dan 32 darjah celsius.
Sementara itu ramalan cuaca di bandar raya Kuala Lumpur dan Putrajaya juga sama seperti di Sepang dengan suhu antara 24 darjah celsius dan 33 darjah celsius.
Boeng 777-200 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, tetapi sehingga kini tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab.
Sebanyak 43 yang menaiki pesawat itu adalah warga Malaysia yang mana 20 jenazah akan tiba hari ini. – BERNAMA