Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Anggota UMNO Perlu Lebih...

KUANTAN - Anggota UMNO perlu lebih proaktif dalam menangani dan menjawab fitnah yang...

Doktor ‘Sekolahkan’ Neelofa, Elfira...

SELEPAS dilanda kontroversi hebat kebelakangan ini, pengacara dan usahawan, Neelofa sekali lagi menjadi...

Bayi Maut, Kereta Dipandu...

LANGKAWI - Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas kereta yang dipandu...

Penggemar Sukan ‘Jallikattu’ Serang...

NEW DELHI - Penggemar sukan tradisional menundukkan lembu jantan di India menyerang sebuah...

MH370: Pegawai Bank, Suami Didakwa Curi Wang

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan antaranya mencuri, memindahkan, menggunakan dokumen palsu dan menggunakan kad bank milik empat penumpang pesawat MH370 membabitkan wang berjumlah RM110,643.

Nur Shila Kanan dan suaminya, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan.

Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer menghadapi tiga pertuduhan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.


Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos ini bagi sebutan kes. – BH online

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori