KETIKA rakyat Malaysia sedang berkumpul di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa nahas pesawat MH17 hari ini, ada juga pihak yang ‘mengambil kesempatan’.
Bezanya, ‘kesempatan’ yang diambil itu bukanlah sesuatu yang memberikan keuntungan, sebaliknya lebih kepada berbuat ibadah dan kebajikan.
Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook Sukan Star, dua individu telah bermurah hati mengedarkan 600 bungkus sandwich secara percuma kepada orang ramai.
Ramai yang memuji usaha mereka untuk bersedekah dan turut mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki.
Baguslah, sekurang-kurangnya insan-insan ini gigih mengumpul pahala berbanding ‘keyboard warrior’ yang tak berhenti-henti berceramah itu dan ini di laman sosial.
Alih-alih, habuk pun tarak!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY