Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“123456” Kekal Kata Laluan...

NEW YORK - "123456" dan "password" adalah dua kata laluan yang mudah diteka,...

Pakatan Harapan Mahu Anwar...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah...

Drama Megat Panji Alam...

SESI uji bakat Megat Panji Alam berlangsung meriah di Dataran Bidara, Ekspo Terengganu...

Sony Xperia E4 Tertiris,...

Kebelakangan ini, maklumat mengenai peranti baru keluaran Sony semakin banyak didedahkan dan terkini...

Nad Tepis Tuduhan Serang Hefny Di Lokasi Drama

PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal menafikan tuduhan terbaharu kononnya dia telah menyerang pelakon Hefny Sahad di sebuah lokasi penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna pada Selasa lalu.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia terkejut dengan gosip tersebut kerana sehingga kini dia tidak pernah pun mengganggu Hefny ketika aktor itu sibuk di lokasi penggambaran.

“Dakwaan mengatakan saya serang Hefny mengarut dan tidak berasas kerana saya tidak pernah melakukan perbuatan itu.

“Lagipun siapa saya mahu serang dia? Saya bukannya kekasih dia! Benar kami rapat dan masih mengenali hati budi masing-masing tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Gosip terbaharu timbul apabila Nad dikatakan menyerang Hefny di satu lokasi penggambaran drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Productions di Jalan P.Ramlee di sini pada Selasa lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 malam itu dikatakan turut disaksikan oleh kru drama berkenaan apabila Nad dipercayai meluru ke kereta milik Hefny sebaik sahaja pelakon itu tiba untuk menjalani penggambaran drama berkenaan.

mStar Online difahamkan berlaku pergaduhan kecil diantara pasangan itu sehingalah mereka membuat keputusan untuk memutuskan hubungan walaupun selama ini mereka menafikan mempunyai peraaan cinta antara satu sama lain.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu apabila mereka didapati telah mengeluarkan gambar-gambar kemesraan bersama dalam akaun Instagram masing-masing.


Sementara itu, Nad berharap isu itu tidak dipanjangkan lagi kerana gosip tersebut adalah tidak benar dan merupakan khabar angin semata-mata.

“Sudah-sudahlah, tiada motif pun saya nak bergaduh dengan dia.

“Lagi satu saya ingin tegaskan di sini, ramai yang keliru apabila kami dianggap bercinta tetapi hakikatnya kami baru nak kenal hati budi. Belum lagi jadi pasangan kekasih.

“Sehingga kini, saya mahupun Hefny boleh keluar dengan sesiapa sahaja yang kami mahu,” tegasnya.

Hefny yang di hubungi mStar Online pula enggan mengulas lanjut berhubung insiden itu yang seolah-olah menggambarkan ia sememangnya benar-benar terjadi.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa dah kerana yang nampak buruk tetap saya. Cuma apa yang saya boleh katakan, dakwaan diserang itu merepek,” katanya.

Terdahulu, Hefny dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta Nad dengan aktor Azwan Kombos, 29, apabila mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama yang turut diterbitkan oleh Zeel Production. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori