Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Vokalis Padi Nekad Hijrah...

KEBANYAKAN vokalis kumpulan popular Indonesia nampaknya sudah mula membuat haluan sendiri sejajar dengan...

Pesta Arak Tidak Sesuai...

KUALA LUMPUR - "Budaya meminum arak adalah sesuatu yang tidak sesuai dengan budaya...

Isu FashionValet: Proses Rakam...

PUTRAJAYA - Selepas tiga jam, proses rakaman percakapan pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy...

Kedutaan Malaysia Di Seoul...

PUTRAJAYA : Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan akan kembali beroperasi...

Operasi Demi Operasi, Maklumat Tetap Bocor… Sampai Bila?

Seringkali operasi bersepadu yang dirancang untuk membanteras aktiviti haram di ibu negara akan menemui kegagalan dan kesudahannya, premis judi internet dan pusat urut tidak berlesen masih berleluasa seperti biasa.

Kisah rangkaian tonto – pemberi maklumat yang pantas menghidu pergerakan pihak berkuasa masih berlaku dan belum pun bermula operasi besar-besaran, pihak yang terlibat seperti pengusaha pusat judi dan pemilik premis urut segera bergerak menyelamatkan operasinya.

Rasanya hampir pasti yang membocorkan maklumat itu adalah orang dalam. Namun bukan mudah untuk mengesan mereka yang terbabit.

Jalan cerita sama berulang pada Operasi Bersepadu Membanteras Aktiviti Haram malam tadi apabila ada pengusaha pusat judi telah dilihat mula membawa keluar peralatan komputer beberapa jam lebih awal sebelum dirampas pihak berkuasa.

Risikan media pada waktu petang berjaya mengesan beberapa pekerja di sebuah pusat judi siber dilihat mula membawa keluar peralatan seperti monitor komputer, unit pemprosesan komputer (CPU) bagi mengelakkan ia dirampas.

[BACAOperasi Bersepadu : 52 Ditahan Positif Dadah]

Lokasi video berkenaan direkodkan tidak didedahkan tetapi ia termasuk dalam lokasi sasaran operasi berkenaan.

Biasanya jika ada sahaja operasi sama dijalankan, satu Kuala Lumpur akan mengetahui mengenainya.

Itu belum lagi segerombolan orang ramai yang berkumpul di hadapan sesebuah premis urut atau judi siber yang diserbu menjadi penonton drama penghapusan aktiviti tidak bermoral yang tidak sudah-sudah.

Ketika ditemui media di Danau Desa ketika operasi bersepadu itu berjalan semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, semua agensi terlibat mempunyai peranan masing-masing dan tindakan penguatkuasaan akan terus dilakukan.

“Operasi ini dibuat secara besar-besaran melibatkan pelbagai agensi dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara teratur, pertamanya bekalan elektrik akan dipotong oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Keduanya, bekalan air akan dipotong oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengambil tindakan dari segi memutuskan talian telefon dan agensi lainnya akan mengambil tindakan masing-masing.

“Dengan harapan supaya semua pengusaha ini, kafe siber dan rumah urut yang tidak berlesen, kita harap berhentilah daripada terus beroperasi dan kita memberi peluang kepada mereka untuk berniaga secara betul,” katanya.

Adnan berkata memang diketahui ada premis yang telah diambil tindakan dilihat kembali beroperasi semula dan pihak kerajaan tidak akan mudah mengalah dalam soal membanteras kegiatan-kegiatan tidak bermoral itu.


“Ada berlaku, kawasan yang telah dipotong bekalan elektrik, dia mendapat sambungan dari pihak yang lain. Saya minta TNB potong pula pembekal tenaga dari premis yang lain bersubahat.

“Isu ini tidak selesai kalau tidak ada tindakan dan kerjasama dari semua pihak,” kata Adnan.

Beliau berkata pihaknya akur bahawa dari segi aduan orang ramai aduan berkenaan kes premis judi haram dan pusat urut semakin bertambah serentak bersama dengan kebimbangan orang ramai.

“Kita terpaksa mengadakan operasi seperti ini memandangkan aduan yang diterima terlalu banyak, keresahan orang awam, dan juga dalam media ia kerap dilaporkan.

“Masalah ini adalah begitu serius, kita akan menguatkuasakan undang-undang untuk pastikan ia dapat dihentikan,” katanya.

Pada operasi semalam, ia diketuai oleh Kementerian Wilayah Persekutuan tidak seperti selalunya ia diketuai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Adakah ia sebagai satu petanda kredibiliti DBKL yang semakin lemah dek kerana kegagalan mengatasi semua masalah dan isu berkaitan judi dan pusat urut yang tetap berlaku.

Kisahnya semalam, kira-kira 1,000 penguatkuasa terlibat di beberapa kawasan sasaran dalam enam kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan iaitu Titiwangsa, Wangsa Maju, Setiawangsa, Cheras, Bandar Tun Razak dan Seputeh.

Operasi kali ini diadakan oleh Task Force kementerian yang telah diwujudkan pada 16 April lalu oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Task Force itu bermesyuarat sekali dalam masa dua bulan.

Malam tadi, merupakan edisi ketiga operasi selepas edisi pertama diadakan pada 16 dan 17 Julai dan edisi kedua pada 24 Julai lalu. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori