Oppo yang terkenal dengan beberapa peranti berspesifikasi tinggi mereka kini menambah sebuah peranti baru dengan spesifikasi rendah, iaitu Oppo Neo 5.
Menariknya, peranti ini hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE, dan ditawarkan pada harga RM598.
Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 854×480 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 4GB (dengan sokongan kad-SD sehingga 32GB), dan bateri berkapasiti 1900mAh.
Ia turut menggunakan kamera hadapan 2-megapixel, dan kamera belakang 5-megapixel. Telefon ini turut dilengkapi dengan ColorOS berasaskan Android 4.3 padanya.
Mungkin Oppo Neo 5 ini merupakan telefon pintar dengan sokongan LTE termurah yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan Oppo Neo 5 ini daripada para pengedar rasmi Oppo seluruh negara bermula hari ini.
Sumber: GSMARENA
Oleh: hzqahmd