Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gelar Menteri ‘Bacul’, Mahfuz...

Natijah dari mengeluarkan kata-kata kasar serta enggan mematuhi arahan Timbalan Speaker, Mahfuz Omar...

Kisah Pengantin Sanggup Masak...

"SAYA tidak kisah hanya memakai pakaian yang murah, asalkan makanan disediakan terbaik dan...

Johor Sokong Usaha Projek...

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Negeri secara dasarnya menyokong dan berusaha untuk mewujudkan kembali...

Boleh Dikenakan Tindakan Jika...

BENTONG - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chua Boon Seong...

” Pas Di Selangor Akan Hilang 10 Kerusi Kalau Keluar Pakatan “

Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.

“PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita ‘sentimen Allahu Akbar’ sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.

“Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi),” katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.

PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis secara terbuka meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.


Muhammad berkata berdasarkan pengalaman 10 tahun sebagai menteri besar Selangor, trend pengundian negeri ini dapat difahami dan PAS akan lebih selamat jika bersama PR.

Katanya, apa jua keputusan yang diambil PAS, kelebihan pengundi Cina ketika bersama PR perlu diberi perhatian ketika ia memberikan satu sumbangan besar.

“Ini pengalaman saya 10 tahun jadi MB. Saya tahu trend. Kita jangan syok sendiri.

“Saya fikir jika PAS ada pendirian baru, PAS akan kalah banyak. Pengundi Cina akan tarik diri, tidak undi calon PAS. Saya sudah tengok trend pengundi di Selangor, PAS menang bukan dengan majoriti besar sangat.

“Kalau PAS ada pendirian berubah, kononnya PAS boleh berdiri dengan sendiri, dan katalah hendak berkawan dengan Umno, saya fikir Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) banyak kali kata ‘jangan percaya’. Ia akan berbalik cerita lama,” katanya. (sumber The Malaysian Insider)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori