KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak tidak berpuas hati dengan lokasi perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri itu tahun ini kerana didakwa diadakan di lokasi tidak menarik.
Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, pemandangan lokasi perbarisan itu tidak menarik kerana terdapat satu bangunan terbiar berhadapan pentas utama perbarisan berkenaan.
“Kelembapan bertindak dan tiada sikap sensitif pihak-pihak yang berwajib telah mencacatkan suasana sambutan kali ini,†dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja Ahmad mendakwa, kerajaan negeri perlu mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan akan kepentingan bangunan tersebut untuk dibangunkan semula.
Dakwanya, sudah terlalu lama bangunan tersebut dibiarkan kosong tanpa ada apa-apa tindakan untuk memulihkannya sedangkan tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia.
“Pelancong asing yang akan melihat satu bangunan kosong yang tinggal sejarah yang begitu memalukan rakyat Perak,†katanya. – mynewshub.my